Panas!
Mungkin itulah luahan majoriti rakyat Malaysia di sesetengah tempat dikala ini..
Di kawasan teman Bukit Beruntung/Bukit Sentosa ni..
Walaupun hujan kadangkala turun tapi secara puratanya suhu tetap sama..
Bayangkan, mandi subuh sudah tak sesejuk dulu!
Boleh kata tak sejuk langsung air paip yang menyirami badan!
Baru-baru ni teman ke Cameron Highland atas urusan kerja..
Tak la sejuk sangat!
kot sejuk pun malam laa kot?
Tengah hari berpeluh gak ketiak!
Cuaca panas terik yang telampau disiang hari..
Suhu panas yang standard siang pulak di malam hari!
Teman ni dah 2-3 kali demam dan sakit tekak!
Udahnya! Sekejap panas kena kerja luar.. kejap lagi karang sejuk balik masuk opis kena air-cond..
Last-last tekak rasa perit nak menelan air liur!
Ya Allah... baru sikit kepanasan yang Kau beri..
Kami dah mengeluh sebegini...
Agak-agak sampai bila ye keadaan panas melampau macam ni?
sunsnake 10032010
Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini |
|
KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan. Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi. Menurutnya, amalan solat tersebut telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum ini untuk tujuan yang sama. “Untuk mendapat rahmat di samping mengharapkan permohonan kita diterima Allah, esok saya seru semua rakyat Kelantan yang beragama Islam supaya bersedekah banyak-banyak di samping berpuasa sunat. “Saya sendiri akan berpuasa esok hari, insya Allah dan akan bersedekah juga sekadar kemampuan yang ada pada saya kepada fakir miskin, insya Allah,” ujarnya. Beliau memberitahu, Jumaat ini, rakyat Kelantan hendaklah hadir pada majlis itu selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Jelasnya, selain menunaikan solat sunat istisqa itu, beliau sendiri akan menyampaikan tazkirah mengenai pengertian solat itu berdasarkan hadis-hadis Rasulullah. Sambungnya lagi, solat sunat berkenaan akan diadakan kira-kira pukul 8.30 pagi, iaitu selepas tazkirah. Sehubungan itu, kuliah agama di Medan Ilmu dibatalkan yang digantikan dengan solat sunat dan tazkirah di perkarangan stadium. |
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment