Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 25, 2010

Pemuda PAS? Takkan tengok saja?


Haaa.. gini bagus..
Kurangkan cakap politik..
Lebihkan aktiviti mendekati dan menjiwai masyarakat..

Cari jalan macam mana nak ajak anak-anak muda kenal PAS..
Macam mana nak bagi tiada 'gap' dengan anak-anak muda terutama golongan remaja bermasalah..

Macam mana nak buat?
Sama-sama la kita pikir!
sunsnake 25022010

Pemuda UMNO Kelantan lancar Tombak

MACHANG 24 Feb. - Bagi mendekatkan lagi hubungan dan meningkatkan peranannya dalam masyarakat, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan kini mewujudkan Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (Tombak).

Tombak yang disasarkan dapat mengumpul RM500,000 pada tahun permulaan ini akan memberi tumpuan membantu golongan muda yang berdepan dengan masalah kemiskinan bagi meneruskan pelajaran atau menimba kemahiran.

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, inisiatif yang diambil atas komitmen para pemimpin Pemuda di peringkat bahagian dan juga ahli merupakan pelengkap kepada usaha kerajaan melalui pelbagai jabatan serta agensinya dalam pembangunan masyarakat.

''Tombak akan dilancarkan sempena Karnival Belia dan Pemuda Negeri Kelantan Jumaat ini (esok) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Ilmu Machang," ujarnya di sini hari ini.

Katanya, sempena pelancaran, seramai 30 orang anak yatim akan menerima sumbangan Tombak yang akan disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sementara itu, katanya, karnival sehari dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kelantan yang julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan pimpinan Pemuda dengan belia di segenap peringkat dan juga mahasiswa.

''Program itu akan diisi dengan kejohanan futsal Pemuda UMNO Kelantan yang akan turut dimeriahkan dengan kehadiran skuad Wira Merah.

''Juga akan diadakan sukan rakyat, pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta, di samping pertunjukan motosikal cantik dan program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Rakyat," ujarnya.

Pada sebelah malamnya diadakan tayangan amal filem Belukar dan pelancaran Tombak di Dewan profesional UiTM Machang yang akan turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.

0 comments: