Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 25, 2010

Bebasnya Indon, Jumudnya Malaysia!

Hang Tengokkk!!
Macam mana Indon buat siasatan dan jatuhkan hukuman..
Naib Presiden dan Menteri Kewangan Indonesia pun kalau dah sabit salah kena hukum!
Walaupun lom ada keputusan lagi..
at least ada ketegasan dan kebebasan kat situ..

Malaysia nak macam tu??
Mohamed Nor Yaakob yang ada kes gelap kat Bank negara dulu pun bukan setakat tak kena hukum!
Siap boleh jadi menteri lagi!!! menteri jaga duit negara pulak tuh!!(Kewangan)..

Bila la rakyat nak sedar...

Pagi petang siang malam rakyat Malaysia kena tipu..

sunsnake 25022010

Naib Presiden, Menteri Kewangan bersalah

JAKARTA 24 Feb. - Majoriti ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Dewan Rakyat Indonesia bagi menyiasat skandal Bank Century, malam tadi memutuskan bahawa Naib Presiden, Boediono dan Menteri Kewangan, Sri Mulyani melanggar undang-undang ketika membuatkan keputusan menyelamatkan Bank Century.

Dua komponen parti pemerintah, Parti Demokrat, mendesak Boediono dan Sri Mulyani dikenakan tindakan undang-undang kerana mereka memberi kebenaran kepada tindakan tersebut.

Keputusan tegas itu dibuat, walaupun sebelum ini berlaku pelobian agresif oleh Parti Demokrat supaya parti-parti komponen memihak kepada parti memerintah.

Laporan akhir yang diumumkan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) menetapkan Boediono yang ketika itu Gabenor Bank Indonesia dan Sri Mulyani sebagai bersalah.

"Sehubungan itu kami meminta KPK (Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah) dan pihak berkuasa lain supaya mengambil tindakan," kata jurucakap PDIP, Maruarar Sirait ketika membacakan keputusan siasatan parti itu di Dewan Rakyat malam tadi.

Bagaimanapun, keputusan itu perlu diserahkan kepada jawatankuasa khas pada 2 Mac ini untuk diluluskan.

PDIP turut menyenaraikan Timbalan Gabenor Bank Indonesia, Miranda Goeltom, Aulia Pohan dan Anwar Nasution dan bekas Gabenor Bank Pusat, Burhanuddin Abdullah sebagai turut terlibat.

Mereka katanya, terbukti cuai dan melanggar undang-undang ketika meluluskan dana sebanyak Rp6.76 trilion (kira-kira RM2.5 bilion) digunakan bagi menyelamatkan Bank Century pada November 2008.

Boediono dan Sri Mulyani berulang kali mempertahankan keputusan itu demi menyelamatkan sistem perbankan Indonesia yang hampir runtuh akibat krisis kewangan global.

Parti Golkar dan Parti Keadilan Sejahtera yang juga parti komponen Parti Demokrat, meminta Boediono dan Sri Mulyani bertanggungjawab di atas tindakan mereka.

Dalam pada itu Parti Demokrat tetap mempertahankan tindakan kerajaan sebagai sah dan tidak melanggar undang-undang.

Ia terbukti kerana sistem perbankan serta ekonomi Indonesia kini berjaya keluar daripada krisis hasil tindakan segera kerajaan.

Parti Demokrat juga membuat kesimpulan tiada wang daripada Bank Century yang disalahgunakan oleh parti berkenaan untuk kempen pada pilihan raya lalu.

Jurucakap Parti Demokrat, Achsanul Qosasi berkata, fakta menunjukkan tindakan menyelamatkan bank berkenaan membantu Indonesia keluar daripada krisis kewangan.

Parti berkenaan bagaimanapun mendapati pengurusan bank berkenaan mengambil tindakan yang salah ketika menggabungkan Bank Pikko, Bank Danpac dan Bank CIC menjadi Bank Century pada 2001.

"Keputusan membenarkan pemilikan dan penggabungan tiga bank itu melanggar peraturan Bank Indonesia," kata Achsanul.

Sehubungan itu Parti Demokrat mencadangkan tindakan diambil terhadap pengurusan Bank Century yang kini telah ditukar menjadi Bank Mutiara. - Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Orang Sabah dan Sarawak yang setiap hari atau sering menonton TV Indonesia melalui parabola lebih maklum walaupun Indonesia dulunya terkenal dengan rasuahnya tetapi jika dibandingkan dengan negara kita sekarang jauh berbeza:-

1. kebebasan medianya lagi telus dalam menyampaikan sesuatu berita

2. Hakim Indonesia lagi berani menjatuhkan hukuman berbanding Hakim yang jaga periuk nasi di Malaysia

3. Polis Indonesia yang terpaksa berhadapan dengan lebih 200 juta rakyatnya lagi kuat bekerja dan cepat menyelesaikan sesuatu kes jika dibandingkan dengan polis Malaysia yang tahunya minta rasuah dan nak gaji lebih aje

saya sering menonton berbagai chanel Indonesia merasakan kerajaan Indonesia rakyatnya lebih berani jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan gula gula dari kerajaan