Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 18, 2010

Ntahlah.. ade ke aku maki dia??


Ha! ha! ha!
Inilah mamat yang ajak Ketua Menteri Pulau Pinang berdebat tuh!
"Siapa kalah debat kena letak jawatan" katanya.. (rujuk sini)

Ha! ha! ha!
Belum debat dah lupa apa yang dia cakap!!

Itu baru bertengkar dengan Setiausaha dewan yang sama peringkat pusat tu!!
Belum dengan Lim Guan Eng lagikkk!!

Udahlah jawatan dia ntah mana punya dewan..
Nak dibanding dengan jawatan Ketua Menteri!
Last-last belum debat dah berterabur hujah!
Sampaikan apa yang dia maki pun dah lupa!

Tu laaa..
Kalau kail panjang sejengkal..
Jangan memancing dari atas Jambatan Pulau Pinang..

Kalau nak bodek Najib pun..
Tak payah lah sampai hilang kewarasan fikiran!

chaitt!! Mamak Zambry!!Teh tarik wonnekkk!!
sunsnake 18022010

Jumpa Guan Eng: Rizal nafi provokasi Setiausaha Agung DPMM

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 17 — Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) Rizal Faris Mohideen menafikan beliau mengeluarkan kata-kata memprovokasi terhadap Datuk Abdul Rahim Abu Bakar, setiausaha agung peringkat pusat badan itu selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang minggu lalu.

Sebaliknya Rizal Faris mendakwa Abdul Rahim yang memulakan kenyataan-kenyataan berbentuk memprovokasi terhadapnya ketika bersemuka dengan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas minggu lalu.

“Memang saya mengatakan bahawa beliau telah mengkhianati kami dengan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tanpa menemui kami (Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang) terlebih dahulu, tetapi saya tak ingat sama ada saya mengatakan perkataan-perkataan kasar dan mahu mencederakan beliau.

“Oleh kerana saya marah dengan beliau ketika itu, saya tak ingat sama ada saya kata begitu atau tidak... tapi saya menafikan saya ada memprovokasi beliau. Beliau yang memprovokasi saya terlebih dahulu,” kata Rizal ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

berita penuh

0 comments: