Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 18, 2010

Yang haram dibela.. Yang Halal pulak disuruh bubar?


Makin sengal+meloya teman tengok juak-juak UMNO ni..
UMNO Perak yang jelas Haram disisi rakyat yang mengundi..
UMNO julang bagai nak rak si Mamak Zambry(bukan melayu ye?)..

Last-last Kerajaan Halal Pulau Pinang pulak yang dimintanya bubar kalau berani?
Berani ape ke jadah kalau dah halal?

Sebab sekor katak yang tak dapat projek melompat je dah melayakkan bubar dun ke?
Yang sampai 3 ekor katak melompat kat Perak tu tak pulak bubar dun?

Jangan jadi bodoh la UMNO oiii..
Buat malu je.. Politik apa ni?
Kalau bodoh jangan tunjuk kat orang..
rakyat makin meluat nanti!!
(ke memang dah lama meluat?)
sunsnake 18022010

Guan Eng: Pakatan tiada cadangan bubar DUN lebih awal

Lim tidak mahu melatah dengan tekanan daripada Zahrain dan Tee Beng.

PULAU PINANG, Feb 17 — Ketua Menteri Lim Guan Eng menolak kemungkinan memohon agar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan lebih awal untuk mendapatkan mandat baru mentadbir negeri.

Kata beliau pentadbirannya tidak goyah walaupun berdepan dengan kritikan pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat sendiri khususnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menolak dakwaan kononnya Pakatan Rakyat akan mengadakan pilihan raya lebih awal di empat buah negeri yang dikuasainya sekarang.

Menurut Lim, sokongan rakyat kepada mereka masih utuh biarpun berdepan dengan pelbagai masalah.

Beliau ditanya apakah beliau mahu mengadakan pilihan raya negeri lebih awal ekoran tekanan yang dihadapinya daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat sendiri.

Tegas Ketua Menteri beliau tidak mahu melatah dengan tekanan daripada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar PKR minggu lalu dan rakannya Tan Tee Beng.

“Itu kita rasa ikut mandat rakyat, mandat rakyat tak terjejas... mandat rakyat masih serupa, kekukuhan kerajaan negeri tak sedikit pun (terjejas) kerana telatah kedua-dua Ahli Parlimen ini.

“Kerajaan negeri ditubuhkan atas Adun, bukan atas (kapasiti) Ahli Parlimen, jadi yang nak belah (keluar) adalah Ahli Parlimen.

“Kalau mereka belah (keluar) atas prinsip, saya rasa kita terpaksa menerimanya. Kalau mereka tak boleh mendukung prinsip CAT di mana bagi syarikat RM2 uruskan tender RM40 juta memang tak serasi dengan prinsip CAT, ini memang kita sedia menerimanya.

“Sama dengan tender sebuah biji kedai pun saya rasa kita pun nak ikut apa yang patut la,” katanya lagi.

Beliau ditemui selepas sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Pulau Pinang.

Lim mengulas desas-desus kemungkinan pilihan raya umum di empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat diadakan lebih awal bagi demi mengukuhkan semula mandat.

Langkah itu juga dilihat boleh membersihkan Pakatan Rakyat daripada pemimpin yang bermasalah di Pulau Pinang dan Selangor.

Pakatan Rakyat menguasai lima negeri pada 8 Mac iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Bagaimanapun Perak beralih tangan ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti.

0 comments: