Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 16, 2010

Ngadu pun tak guna! Semua tokey sudah payung!

1Malaysia dah tahu..
Kalau ngadu pun takde guna nye dehhh..
Bak kata orang la ni.. "Takde maknenye deh!!"
Ngadu kat Kementerian pasal harga barang naik?
Agak-agak kalau ngadu hari ni.. bila tindakan akan diambil??
Hari ni gak?? esok?? Lusa??
ke Gong Xi Fatt Choy tahun depan?

hehehehe.. rakyat dah tau snagat taktik politik Menteri2 yang jaga Kementerian ni..
siapa pun jadi Menteri kat situ sama je 'modus operandi' dia..
buat-buat cakna dan prihatin.. last-last keluar statetement
"Kementerian Kesal dengan tindakan peniaga"..
yang bayar lebih siapa?? rakyat sebagai pengguna gakk!!
layan Dafi menyanyi lagi baikkkk!!! hahahaha
sunsnake 16022010

Menteri puas hati peniaga tidak naik harga barangan

BERA 15 Feb. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai berkaitan kenaikan harga barang atau kekurangan bekalan barangan keperluan di pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan yang diterima daripada bilik gerakan kementeriannya di seluruh negara mendapati, semua peniaga menjual 11 barangan kawalan perayaan Tahun Baru Cina mengikut harga ditetapkan yang dikuatkuasakan bermula 10 hingga 21 Februari ini.

''Saya berpuas hati kerana semua peniaga menjual mengikut harga yang telah ditetapkan kementerian dan bekalan barang-barang keperluan juga mencukupi sepanjang musim perayaan ini,'' ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Bera berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan menziarah lebih 15 pesakit kronik dan warga emas di Felda Tementi dan Sebertak Bera dekat sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 3,400 pegawai penguat kuasa dan pemantau harga menjalankan gerakan pemantauan dalam usaha mencegah peniaga menaikkan harga barang dan memastikan bekalannya mencukupi.

Selain itu kata Ismail Sabri, seramai 2,500 rakan pengguna terdiri daripada kaum Cina turut memberikan kerjasama kepada kementerian bagi memantau harga barangan.

"Sudah menjadi lumrah harga barang akan naik dan tidak mencukupi sebelum musim perayaan kerana penguna membelinya secara banyak. Namun sebaik sahaja habis musim perayaan, bekalan barangan kembali banyak di pasaran dan harga seperti biasa," tambahnya.

Menurutnya, kakitangan kementeriannya tidak pernah bercuti untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan masalah kenaikan harga barangan di samping cuba menghakis ' badi' harga barangan naik pada musim perayaan.

Beliau meminta pengguna membuat laporan sekiranya mendapat ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan dengan menghubungi talian bebas tol 1300-886-800 atau SMS 32255 atau melalui e-mel: e-aduan.kpdnkk. gov.my.

Pada masa sama, beliau mengingatkan peniaga supaya mematuhi peraturan dengan menjual barangan mengikut harga ditetapkan dan mempamerkan tanda harga bagi mengelak dikenakan tindakan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus memberi bantuan kepada pesakit kronik warga emas dan golongan miskin bagi meringankan bebanan hidup mereka tanpa memilih bulu.

''Kerajaan akan berusaha untuk membantu golongan sasar bukan sahaja dengan kewangan, malah dalam bentuk barangan, khidmat nasihat dan rawatan kesihatan," katanya.

0 comments: