Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 16, 2010

Lagi berita UMNO ambik kesempatan!

Sambungan kepada tulisan teman disini...
Teman akur dengan kesusahan dan keperitan yang menimpa sdr Bakri ni..
Ye laa.. dah accident, nak buat macam mana..
Sama je accident dia dengan ccident orang lain sepatutnya..
tak payah la sampai 2-3 hari keluar paper utama..

Tapi disebabkan yang melanggar dia adalah ADUN PR...
Maka mengalahkan Israel serang Palestin media memanipulasi isu ni..
Kalau Adun tu salah.. sila buktikan..
Kalau budak tu salah.. pun sila buktikan..

Yang terbaik, sama-sama muhasabah diri..
Adun tu pun kena la cakna sebab ko terlibat dalam hal ni...
Jangan la dok diam diri..
Dah tau media UMNO & UMNO ni memang sial dan suka ambik kesempatan..
hatta isu takde perarakan Maulud Nabi pun!
hal joget tak pe!

sunsnake 16022010

Ayah tutup kedai


Ketua UMNO Bahagian Klang, Mazlynoor Abdul Latiff (kanan) melawat Mohd. Bakri Mohd. Bazli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, semalam.


SHAH ALAM 15 Feb. - Sumber utama pendapatannya ialah berniaga kedai kopi berhampiran Jalan Sultanah Zainab, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

Walaupun pendapatannya kecil iaitu hanya sekitar RM20 hingga RM30 sehari, tetapi hasil itulah yang membantunya menyara tujuh orang anak yang bersekolah dan masih kecil.

Namun, sejak seminggu lalu, Mohd. Bazli Che Ali, 46, terpaksa menutup kedai kopi yang sudah diusahakan sejak lebih 30 tahun itu untuk menjaga anak sulungnya, Mohd. Bakri, 23, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mohd. Bakri, seorang pelajar UiTM dimasukkan ke hospital itu sejak 7 Februari lalu kerana cedera parah di kepala berikutan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 7 di sini dengan kereta dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Mohd. Bazli berkata, kedai kopi itu tidak dibuka buat masa ini kerana dia dan isteri, Azizah Awang mahu memberi tumpuan kepada Mohd. Bakri yang kini amat memerlukan sokongan moral.

"Inilah usaha saya suami isteri, berdoa selain perubatan moden yang disediakan oleh pihak hospital," luahnya yang turut melahirkan rasa syukur kerana anaknya sudah sedar dan semakin stabil.

Menurutnya, kemalangan itu adalah dugaan Allah walaupun jauh di sudut hati amat berharap Mohd. Bakri akan pulih sepenuhnya.

Mohd. Bazli berkata, dia masih tidak tahu berapa lama harus berada di HTAR kerana walaupun anaknya sudah sedar tetapi dia masih belum mampu bercakap selain perlu menjalani pembedahan membuang darah beku di otak.

Lelaki itu berterima kasih kepada pihak UiTM yang menyediakan tempat tinggal di Rumah Tamu universiti tersebut selain kemudahan makan minum serta pengangkutan berulang alik ke HTAR secara percuma.

"Selain itu, pensyarah dan kawan-kawan anak saya ada juga memberi bantuan kewangan kepada kami," ujarnya.

0 comments: