Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 5, 2010

Guan Eng mengaku Cina, tapi mamak mengaku UMNO!


Teman memang sampai bila-bila takkan setuju dengan ISA..
Sebab tu teman sanggup kena hambat dengan Polis dan FRU masa demo anti ISA tahun lepas!

Tapi kalau dah demo sampai bakar-bakar patung pemimpin, sampai maki-maki dan mencarut!
Ini Apa kes?
Mana dia FRU yang bukan main gagah hayun cota kat KL selalunya?
Mana Polis-polis yang bukan main setia tutup jalan-jalan KL sampai traffic jammed 20-30 km?

Yang palin heran apa Polis Penang buat? Kena ikat 'anu' dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang? Kalau benar siapa yang bayar gaji Polis? Bapak Najib Tun Razak? Tapi bapak dia dah mati?

Kalau rakyat Malaysia buta hati dan jiwa lagi teman tak tau laa..
Terang-terang demo (anjuran UMNO sebenarnya) ini amat merbahaya dan sangat-sangat berbaur perkauman!
Belum sudah kes PA Najib hina Kaum Cina dan India (dia kata Cina datang jadi pelacur, India datang minta sedekah) kat Melaka, dah bakar-bakar gambar pemimpin berbangsa Cina di Penang.. Adusss!!!

Secina-cina Guan Eng, dia tak mengaku dia orang melayu..
SeIndia-india Gobalakrishnan, dia tak mengaku dia orang Melayu..
Semelayu-melayu Zambry dan Azeez, depa tak mengaku depa tu mamak!!!

sunsnake 05022010

Demonstrasi: Patung Guan Eng dibakar
Feb 5, 10
3:19pm

Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".

Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.

sumber - Malaysiakini

2 comments:

Han Jie Ba said...

Salam, manusia ada tiga golongan. Pertama islam, kedua kafir dan ketiga munafik. Munafik adalah mereka yang mengaku islam tapi tak islamik dalam tatalaku dan keperibadiannya jadi saya rasa la yang ada dalam ngo tersebut adalah yang terdiri dari golongan ketiga. Kena jaga2 dgn mereka ni sebab orang macam mereka kalau nikahkan anak sendiri pun tak sah, payah tu

keluhum said...

Salam..Cuba klu budak2 pakatan bakar patung pemimpin atau pijak2 gambar pemimpin BN..Gerenti kluar tv,radio,suratkhabar dan media2 perdana..Lps tuh akan disiar berulang-ulang,tiap2 hari..Akan dipanggil tokoh2 agama,tokoh2 budaya utk mengecam tindakan itu..Mcm2 istilah la akan kluar..biadab la,x bertamadun la,perkauman la...Tp klu puak2 depa ne buat x pa pulak..Polis siap jaga lalulintas lg tuh..Fuh!!Double standard tahap lagit ke tujuh!!!Pd bangsaku org2 Melayu,kamu diperguna dan diperalatkan utk kepentingan politik BN jer..Kembalilah kamu membaca Al-Quran dan hayati sunah2 Rasul..Selagi kamu tidak melakukannya,selagi itulah kamu berada dalam kesesatan..Klu kamu masih berdegil,jgn kamu harap Rasul akan memandang wajah2 kamu di padang Mahsyar nanti..Wallahualam..