Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 5, 2010

United 'mamak' National Organization - Demo bukan budaya kita!!



oleh - Pendekar Gunung Keriang

Kononnya selepas solat Jumaat tadi, sekumpulan kecil jemaah yang kebanyakannya terdiri dari mamak Penang yang perasan diri mereka Melayu telah mengadakan demonstrasi di sebuah masjid India Muslim di Jalan Macalister, Georgetown. Mereka mengadakan tunjuk perasaan kononnya kerana membantah layanan tidak mesra Kerajaan Negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Gan Kong Meng. Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk, yang antaranya berbunyi: "Lim Guan Eng, jangan uji kesabaran kami. Melayu adalah tuan negeri ini!."

Penunjuk-penunjuk perasaan yang bernaung di bawah sebuah NGO yang menamakan diri mereka Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim telah menyampaikan ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng.

Beberapa perkara yang membuatkan saya tergelak mengenai demonstrasi ini ialah pertamanya, kebanyakan yang hadir ialah dari kalangan Mamak Penang yang membantah layanan tidak mesra kerajaan negeri terhadap kaum Melayu. Presiden DPMPP itu pun dari namanya sudah boleh teka dia Melayu atau Mamak. Tapi tak apalah jika ramai Mamak simpati dengan orang Melayu, kerana itu hak mereka. Lagi pun apalah salahnya jika Mamak (saya pun ada darah Mamak Penang juga!) perasan diri mereka Melayu?

Kedua yang membuat saya tergelak ialah bila penunjuk perasaan itu membawa sepanduk "Melayu adalah tuan negeri ini". Yang membuat saya rasa kelakar ialah mereka yang berkata tuan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu, tapi Ketua Menterinya sejak 50 tahun dulu belum pernah seorang pun Melayu. Ketika UMNO menguasai majoriti kerusi Pulau Pinang pun, Melayu tidak pernah jadi Ketua Menteri, apa lagilah kini bila DAP menguasai majoriti kerusi. Mengapa orang-orang ini tidak pernah berjuang untuk menjadikan Melayu sebagai Ketua Menteri sejak 50 tahun dulu? Lawak sungguh!


Ketiga, yang membuat saya tergelak ialah polis boleh pula keluarkan permit untuk tunjuk perasaan itu! Kalau yang minta kerajaan yang menguasai negeri itu (PR), bukan main susahnya nak dapat permit. Mentang-mentanglah yang minta tu NGO yang nama pun tak pernah dengar, terus saja bagi. Lawak...lawak...

2 comments:

Balun Yeop Balun.. said...

Dah kira baik mereka memperjuangkan hak Melayu...apa yang kamu buat..?
lagi memalukan mereka...?
kalau PKR berdemo ok la...??
Aku orang PAS yang tak setuju dgn Guen Eng...Makin hari makin menyampah aku dibuatnya...makin teruk PKR ni...Tak habis-habis nak putar belit....berpusing-puing macam gasing.....

budakbalun said...

kamu orang PAS? wakakakakak!!!

tu je teman leh bagi komen kat kamu!!