Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 5, 2010

Can I F**k you? (4) Mengapa ini tajuknya?

Salam,
teman ditegur oleh beberapa orang sahabat melalui sms akan tajuk posting2 teman 2-3 hari ini (Can I F**k you?)..

Terima Kasih buat teman2 yang sudi menjengah blog teman yang daif ini..
Dan ingin teman nyatakan pula mengapa..

Kes liwat yang menuduh DS Anwar kali ini benar-benar menyentuh perasaan teman..
Selaku manusia yang tak tahu banyak pasal 'law',
di hati teman ini adalah sangat-sangat melampau!
Bagaimana kes ini mendapat liputan yang sangat jahat daripada media-media terbesar Malaysia dan ayat-ayat tajuk berita diolah seolah-olah keputusan Mahkamah telah dijatuhkan iaitu DS Anwar Bersalah kerana meliwat Saiful!

Ayat seperti "Can I F**k you" ini diperbesar-besarkan seolah-olah benar DS berkata begitu! Hei! Sedarkah semuanya ianya masih lagi bertahap 'tuduhan' dan bukan kenyataan?

Dan pada teman dan mungkin berjuta lagi manusia di luar sana, ayat yang sangat hina ini sememangnya adalah sangat kelakar namun amat menjelikkan!
Ianya adalah ayat-ayat rahsia suami isteri..
malahan mungkin ayat-ayat rahsia pelanggan jalang di lorong-lorong gelap!
Wallahua'lam! Na'uzubillah!

Harapan teman agar dengan terbitnya ayat ini..
maka lebih ramai akan memahami dan mengerti apakah sebenarnya yang berlaku dalam kes liwat kali ini..
Cukuplah sekali dulu 1Malaysia dimalukan dengan pertuduhan liwat oleh Perdana Menteri Malasyia ke-4..
Janganlah Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Ke-6 juga turut menggunakan kaedah yang sama..
Siapa pun yang menang, maruah dan reputasi Malaysia telah benar-benar runtuh!

Jika mahu bertanding politik, marilah gunakan pentas politik..
bukan pentas fitnah dan tak tahu malu!
Jika mahu menang politik..
maka rakyatlah yang menjadi pelanggan,
bukan mahkamah mahupun peguam negara yang menentukan!
Apatah lagi pengerusi SPR!

Sekian lama parti-parti pembangkang menggunakan segala saluran yang betul dalam memenangi hati rakyat..
Namun sekian lama itu jugaklah UMNO yang menguasai kerajaan pusat senantiasa mencari jalan dan menggunakan secara nyata setiap saluran yang betul dengan cara yang salah!

Akhir kata.. inilah post terakhir teman dengan menggunakan ayat jijik diatas..
Semoga segalanya selamat buat kebenaran dan segala yang jijik kembali kepada empunya badan!

sunsnake 05022010


0 comments: