Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, January 15, 2010

Siapa kata Budak IPT pandai?


Ni la antara aktiviti paling bodoh & sengal yang teman pernah tengok!
Teman pernah tengok macam-macam jenis bodoh, ada bodoh yang boleh diajar..
Ini bodoh jenis bagus sebab boleh lagi diajar..

Masalahnya kalau bodoh yang tak boleh diajar..
Berlagak macam pandai tapi sebenarnya..
hakikatnya bodoh dan perlu diberi tunjuk ajar..
Tapi tak nak pulak ditunjuk ajar..

Dulu bendera paling besar...
Sate paling panjang...
Kek paling besar....

La ni apam pulakkk!!
Buat budak-budak Kolej berkenaan..
Layankan aje laa..
melawan kang kena ugut dengan NC pulak!

kesian.. jadi budak pandai tapi kena 'main' dengan NC yang bodoh..
Baik lagi nasib Mat Rempit, dengan polis je dia cuak! dengan NC dia berani..
depa tau ke apa tu NC.. Naib Canselor daa...

sunsnake 15.01.2010

Rekod 30,000 apam gubah 1Malaysia

Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini mengiktiraf usaha pelajar Kolej PTPL di Shah Alam yang mencipta logo 1Malaysia dengan menggunakan 30,000 biji kuih apam yang dimasak sendiri oleh mereka.

Pengiktirafan berdasarkan penggunaan logo dari kuih.

Usaha yang bermula dari semalam itu disertai oleh 200 pelajar jurusan Hospitaliti serta Seni Kulinari yang membabitkan kos RM15,000 yang dikeluarkan pihak pengurusan kolej dalam usaha menyemai semangat kerjasama di kalangan pelajar.

Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Datuk Prof Mohd Shukri Ab Yajid berkata proses menyusun kuih apam berkenaan di atas sebuah meja di kawasan padang kolej itu dimulakan seawal pukul 8 pagi tadi.

Beliau berkata logo 1Malaysia itu disusun menggunakan kuih apam yang sebahagiannya dibalut dengan kertas berwarna biru, putih dan merah.

"Saya bangga kerana usaha yang dilakukan para pelajar ini dapat membantu mereka menjadi generasi masa depan yang kreatif dan kompetitif," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelajar kolej itu selesai menyusun logo 1Malaysia di Shah Alam hari ini.

Mohd Shukri berkata pelajar kolej itu mengambil masa empat jam untuk menyiapkan logo berkenaan dan diiktiraf oleh MBOR kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Usaha pelajar kolej berkenaan turut disaksikan oleh wakil dari MBOR iaitu penolong penerbitnya Azrene Manap.

- Bernama

0 comments: