Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, January 15, 2010

15.6 Juta.. Buat Repair atau untuk... ??



Dengor-dengor citenye 'peruntukan mee segera' 15.6 juta dari Presiden UMNO di Bukit Sentosa hari tu ada rahsia dalam rahsia weh!

Ada dua kes disini..
1. Bumbung-bumbung flat di area Bukit Sentosa ni semuanya dalam pemerhatian dan tindakan Exco YB Iskandar... Beberapa aktiviti permulaan telah dilaksanakan di flat Seri Cempaka (Berhadapan Balai Polis Bukit Sentosa). Bagaimana pun aktiviti ini terpaksa ditangguhkan sementara kerana ada flat yang memerlukan bukan sahaja penggantian bumbung, malahan struktur bumbung itu sendiri yang terlalu-lalu teruk dan sangat merbahaya.

2. Semua orang tahu YB PR Ahli Parlimen Hulu Selangor dalam keadaan yang kurang sihat (kritikal tapi stabil kot?) dan kita mohon kepada Allah SWT agar beliau sembuh dan kembali melaksanakan tugas seperti biasa namun andaikata ada PRK disini bagaimana? Terlalu banyak 'mulut' yang perlu diisi di Hulu Selangor ini terutama bilamana bukan lagi Khir Toyo yang memegang kunci Perbendaharaan Negeri!

Nah! Disinilah ianya bertembung.. mana mungkin duit RM15.6 juta itu mahu disalurkan? Bumbung-bumbung flat dibawak pemantauan dan dalam tindakan Kerajaan Negeri, dan siapa UMNO yang secara tiba-tiba mahu membaikinya? Mengapa hanya setelah kamu menjadi pembangkang di Selangor, baru kamu mahu memahami permintaan rakyat ini?
Takpelah jika UMNO benar-benar mahu membaikinya. Yang penting kepentingan terpenting rakyat WAJIB dipenuhi!

Jika duit itu tidak dapat disalur untuk bumbung kemana pula ianya hendak dicampakkan?
Budget Bahagian sempena PRK yang mungkin berlaku ke?

Mungkin sekadar itu teman tinggalkan sahabat semua untuk membuat penafsiran mahupun ending. Sama ada 'happy ending' macam cite Hindustan mahupun 'sad ending' macam cite Jins Shamsuddin.

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama berdoa agar YB Dato' Zainal semakin sihat dan buat keluarga beliau semoga tabah dan senantiasa berdoa kepada Allah SWT.

sunsnake 16.01.2010

0 comments: