Friday, January 15, 2010
Akhirnya.. duniaku kembali cerah! Potong! Potong!
Teman tak sangka kegemaran teman mendengor lagu kompang "potong..potong" kat TV membawa padah apabila betul-betul line streamy teman kena potong!
Bukan sebab nak pakai P1max.. Tapi sebab terlupa nak bayar bil!
Sebenarnya bukan lupa nak bayor bil.. memang 2-3 bulan sengkek tahap Mogadishu teman punya kewangan.. adushhhh..
Alhamdulillah...
Setelah hampir dua bulan 'dunia ini ku rasakan samar-samar",
akhirnya teman berjaya mencerahkannya kembali..
My streamyx is backkkkkk!!! huarghhh!!
Best gile wehh!!
2 bulan teman berusaha mencari RM150 untuk menyambung semula line streamyx teman nih!
INgatkan leh la dapat sekeping-dua duit bila gi program UMNO Juara menipu Rakyat tuh!
Idak jugak! penat+menyampah ade laa..
Betapa seksanya perasaan semasa ketiadaan internet di rumah..
Nak guna internet opis, selaku penyelia pekak mana leh guna beb!
IP dah kena block kat main server..
Nak hack karang kena buang keje lakk!!
Teman belum lagi teringin nak jadi penceramah PAS sepenuh masa wehh!!
Seksanya adalah apabila ada beribu-ribu isu yang nak dikomen!
Aduhhh!!! dari tangan, mulut, kaki semua gatal je nak menaip!
Dalam otak ni jangan cerita laaa!! berpusing-pusing idea tu menyelinap berdesup turun menusuk ke kalbu teman yang paling dalam! perrghhh!!
Padahal bukan penulisan kreatif pun!
Tapi ahhh!! ini cetusan hati teman...
semua orang bebas nak luah pendapat as long as jangan bertentang dengan Hukum Islam udah!
by the way.. isu Kalimah Allah ni dah reda ke ye?
sunsnake 15.01.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment