Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, January 21, 2010

Gelombang "BERSIH' kali kedua WAJIB bermula?

Teman tak nampak langsung yang SPR ni dah mula bertoleransi dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat. Demo Bersih yang membuktikan betapa bencinya dan jeliknya rakyat terhadap SPR dan membuat 4 permohonan utama masih gagal difahami dan diteladani oleh mereka ini. Walaupun pengerusinya telah berganti, namun ketakutan dan kepondanannya tetap sama dan begitu nyata! Lain yang diminta, lain yang diberi!
Idea bagi meluaskan lagi hak undi POS ini adalah satu lagi 'penalti' yang diberikan kepada UMNO-BN tanpa berlaku sebarang kekasaran di pintu gol PR!

Rakyat terbanyak tahu betapa jahat dan tipunya Undi Pos ini. Betapa di sesetangah Kerusi Parlimen, undi POS inilah penyelamat calon-calon BN bagi memastikan kemenangan mereka!
Begitu banyak bukti dan laporan yang telah disediakan oleh pelbagai pihak namun semunya telah dibakulsampahkan!

Jika undi daripada Tentera dan Polis sahaja sudah mampu menyelamatkan beratus kerusi UMNO, bayangkan jika ditambah lagi dengan beberapa bidang pekerjaan? Apakah kesudahannya idea-memusnah UMNO ini?

Teman merasakan betapa perlunya akan gelombang kedua bagi Demonstrasi Bersih WAJIB diadakan! Selagi SPR masih lagi meneruskan dasar menjadi pencacai kepada UMNO-BN tanpa malu dan segan, adalah tidak wajar PR membiarkan pengadil sebegini yang akan mengadili perlawanan sebenar pada bila-bila masa sahaja sedari Jun 2011!!

Bagaimana Abang Mat Sabu? On ka?

sunsnake 21.01.2010

Perluas hak undi pos karut, undur ke belakang
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting sebagai mengarut dan tidak masuk akal serta tindakan undur ke belakang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, langkah itu undur ke belakang kerana sistem undi pos yang ada sudah banyak menimbulkan masalah dan mahu dibuang apatah lagi dengan tindakan mahu menambahkan golongan yang layak mengundi pos.

"Saya mengesyaki ada agenda tersirat dalam langkah ini jika benar SPR bercadang berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula berkata, prinsip PAS jelas untuk memansuhkan undi pos di kalangan anggota polis dan tentera dan tidak akan bersetuju jika ianya mahu diperluaskan kepada pengundi selain mereka.

"Ini cadangan yang mengarut. Pada dasarnya PAS memang tidak bersetuju sebab kita berjuang selama ini untuk hapuskan undi pos di kalangan polis dan tentera, tiba-tiba SPR nak luaskan hak pengundi pos," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga berkata, cadangan itu hanyalah rancangan politik Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan jumlah undi mereka.

"Ini rancangan politik Kerajaan BN untuk mengawal pengundi supaya mengundi mereka, tidak lebih dari itu. Tidak munasabah SPR membuat cadangan itu," katanya.

PAS, katanya akan meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu dan bersedia mengadakan pertemuan untuk berdialog.

berita penuh

0 comments: