Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, January 21, 2010

Banyaknye TNB untung!! Fuh!!


Humang aihhh!! Banyaknye untung bersih!!
Macam teman yang paling besor pernah pegang not RM100 ni..
Angka sebanyak itu macam cerita dongeng je laa!!

Untung sebenarnya TNB nie..
Tapi apsal dalam laporan ni kata
"mencatat keuntungan bersih RM706.3 juta berbanding kerugian RM944.1 juta bagi tempoh sama, tahun sebelumnya."

Teman tak berapa pandai ayat-ayat bisnes ni..
Ada yang boleh cerite skit?

Kalai ikut akal logik teman nie, mana mungkin TNB boleh rugi kalau pengurusan benar-benar telus dan komited?
Dan yang paling penting, jangan ada campur tangan tangan ghaib dalam pengurusan kewangan ..
Tapi kadang-kadang duit yang TNB bayar kepada Kerajaan dalam bentuk cukai pulak kena sebat!

Apa-apa pun.. sewajarnya TNB kembalikan keuntungan tadi kepada rakyat..
mungkin dalam bentuk rebat keuntungan..
Dah untung tahun lepas.. tahun ni bagi la diskaun sikit ka? apa ka?
At least sejuk la sikit hati rakyat yang sedia panas dengan 'kepanasan ekonomi' Malaysia nih!!!
Bukan global tau Malaysia je!

hmm.. dulu masa elektrik masih lagi dibawah kerajaan Malaysia dikenali dengan nama Lembaga Letrik Negara(LLN), Mamak kutty tu buat dasar penswastaan negara plak!
Effectnye? cuba tanya Bro Hisham..

p/s: Bapak teman pun dulu LLN jugak! Lepas tu joint Talikom, last sekali pencen TM.. Alhamdulillah.. dapat la pencen sikit2..

sunsnake 21.01.2010


Laba TNB RM706.3j

TENAGA Nasional Bhd (TNB) merekod pencapaian lebih baik dalam suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010 apabila mencatat keuntungan bersih RM706.3 juta berbanding kerugian RM944.1 juta bagi tempoh sama, tahun sebelumnya.

POSITIF...(dari kiri) Che Khalib, Moggie dan Mohamed Rafique Merican pada sidang media, semalam.
POSITIF...(dari kiri) Che Khalib, Moggie dan Mohamed Rafique Merican pada sidang media, semalam.


Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010 pula berjumlah RM973.1 juta, berbanding kerugian RM772.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009.

Katanya, pencapaian membanggakan itu antaranya disebabkan pertumbuhan permintaan selain kos penjanaan lebih rendah.


"Prestasi kukuh ini disebabkan penurunan kos operasi 6.1 peratus terutama membabitkan kos penggunaan bahan api yang rendah.

"Permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia meningkat 2.7 peratus, manakala di Sabah sebanyak 7.3 peratus. Keuntungan bersih lebih tinggi ini juga didorong kesan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika," katanya pada sidang media di ibu pejabat TNB di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dan Ketua Pegawai Kewangan, Mohamed Rafique Merican Mohd Wahiduddin Merican.

Bagaimanapun, Moggie berkata, pendapatan kumpulan merosot satu peratus.

"Ini antara lain disebabkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Mac tahun lalu," katanya.

Sementara itu, mengulas tahap operasi kumpulan, Che Khalib berkata, penurunan 11.3 peratus dalam kos penjanaan menyumbang peningkatan 39.3 peratus membabitkan kos operasi.

Berikutan itu, katanya, pelunasan dan amortisasi (EBITDA) kumpulan meningkat kepada 29.5 peratus daripada 22.2 peratus bagi tempoh sama pada tahun kewangan 2009.

"TNB juga mendapat manfaat daripada kos faedah dan pemerolehan arang batu lebih rendah disebabkan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.

"Bagaimanapun, dengan pengurangan peruntukan gas sejak Mac tahun lalu, penjanaan stesen berkuasa arang batu dijangka meningkat berikutan permintaan masa depan yang perlu ditampung penjanaan bahan api berkenaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, TNB menjangka permintaan bagi tahun kewangan ini akan meningkat pada kadar positif tiga peratus.

"Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi lebih kukuh dan aktiviti perbelanjaan hasil pakej rangsangan kewangan serta meningkatkan unjuran perniagaan," katanya.

sumber - metro

0 comments: