"kepala hotak kamu JAIS!" sebenarnya itulah kata-kata yang paling sesuai buat JAIS yang mengaku menegakkan Islam tapi sebenarnya menegakkan UMNO di Selangor ini. Setiap arahan dan tindakan yang dikeluarkan oleh JAIS ini sebenarnya banyak yang membantu UMNO menyempurnakan hasrat mereka untuk membantutkan Islam kerana UMNO tahu, lagi hebat dan pandai rakyatnya berkenaan Islam lagi senang mereka menyertai ataupun menyokong perjuangan PAS. Contoh terbaik bagaimana JAIS menjadi pencacai pengangkat najis UMNO dalam hal mengawal masjid-masjid di seluruh negeri Selangor. JAIS yang bersekongkol dengan Dato'2 lantikan Sultan yang kononnya untuk memantau pergerakan masjid-masjid sebenarnya lebih kepada wakil UMNO!
Disaat PR telah memenangi Kerajaan negeri pun, JAIS dan Dato'2 tali barut pencacai ini masih lagi mahu menghalang kemaraan rakyat mahu meneluskan masjid-masjid. Teman masih ingat bagaimana busuknya hati Dato'2 lantikan Sultan dan JAIS berserta Nazir-nazir UMNO yang membuat pelbagai helah dan tipudaya serta alasan untuk menidakkan proses pemilihan AJK masjid yang baru. Begitu bangsat dan hinanya mereka yang bertindak atas arahan UMNO Selangor bukannya atas amanah dan tanggungjawab.
Sehingga kini, mereka masih lagi cuba memecah belahkan masyarakat dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri melalui kuasa yang mereka ada. Penangkapan Ustaz Asri sememangnya jelas bermotifkan politik. Apa yang tidak politik pada JAIS ini? Malahan lantikan setiap level didalam JAIS inipun kerana ada hubungkait politik. Cuba siasat siapa Pengarah JAIS ini? Siapa penolong-penolongnya? Siapa pegawai-pegawai penguatkuasanya? PASTI ada kaitannya dengan UMNO! paling-paling tidak anak sedara UMNO ada kat situ..
Kerajaan Negeri Selangor melalui exco Dr Hassan Ali WAJIB melakukan tindakan 'pembersihan' didalam JAIS ini. Jangan diharap keizinan Sultan dalam hal ini kerana Sultan-sultan di Malaysia sudah sedia terikat dengan UMNO! Semua orang tahu, bukannya rahsia lagi!
wallahu'ala,
sunsnake 4.11.2009
Penahanan Dr. Asri bukan secara semberono – JAIS
SHAH ALAM 3 Nov. – Penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin bukan dibuat secara semberono atau mengikut telunjuk mana-mana pihak.
Sebaliknya Pengarah JAIS, Mohamed Khusrin Munawi menegaskan, tindakan itu diambil selepas Mohd. Asri berulang kali melanggar peraturan berkaitan aktiviti memberi ceramah agama di negeri ini.
Menurutnya, Mohd. Asri tahu tentang peraturan tersebut tetapi terus melakukan kesalahan itu.
“JAIS pernah menghantar pekeliling kepada semua mufti negeri termasuk Mohd. Asri yang memberitahu tentang keperluan mendapat kebenaran dan pentauliahan jabatan itu untuk membolehkan mereka menyampaikan kuliah di Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, Mohd. Asri kerap kali memberi kuliah agama tanpa tauliah termasuk di Hulu Klang yang dibuat hampir setiap bulan begitu juga di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya.
“Ini bermakna beliau tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negeri ini,” ujarnya.
Katanya, penahanan terhadap Mohd. Asri pada malam itu dibuat selepas mesyuarat JAIS dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilakukan.
Dalam pada itu, Mohamed Khusrin memberitahu, keputusan sama ada bekas Mufti Perlis tersebut bakal didakwa atau sebaliknya hanya akan diputuskan oleh Bahagian Pendakwaan JAIS sebelum penghujung bulan ini.
Katanya, pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan kes Mohd. Asri yang ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam Selangor.
“Sebaik sahaja kertas siasatan kes Mohd. Asri siap, kita akan serahkan kepada Bahagian Pendakwaan. Selepas itu terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan,” jelasnya.
Mohd. Asri ditahan oleh pasukan penguat kuasa JAIS malam semalam kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Turut hadir pada majlis kuliah itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib.
Ditanya mengapa Mohd. Asri tidak didakwa semalam, Mohamed Khusrin berkata, bekas mufti itu ditahan bukan untuk didakwa tetapi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
“Macam polis menangkap penjenayah, kena dapat perintah reman dulu dan bila sudah siap kertas siasatan baru pendakwaan dibuat.
“Cuma bezanya kita tidak dapatkan waran tahanan terhadap Mohd. Asri kerana kita telah bebaskan dia dengan bon jaminan JAIS,” jelasnya.
3 comments:
Salam,sejak kejatuhan Empayar Islam Othmaniah,wujudlah negara2 baru di Jazirah arab yg merupakan bekas takluk kerajaan Othmaniah..Negara2 ini ditaja oleh British dan Perancis yg melebarkan pengaruh mereka di Jazirah Arab..Maka berlakulah peralihan budaya,pemikiran,politik,falsafah hasil dari pengaruh dua kuasa utama pada waktu itu..Doktrin2 barat dibawa masuk dgn secara halusnya adalah utk menggantikan sistem Khalifah yg diamalkan oleh kerajaan Othmaniah dahulu..Turki melalui Mustapha Kamal Atartuk telah diubah menjadi negara sekular yg lebih Eropah dari Eropah yg sejati..Ulama2 ditangkap,dibicarakan atas tuduhan menghasut rakyat utk memberontak dan ada yg dibunuh..Itulah harga yg dibayar oleh negara Turki dan bekas takluknya utk mengecapi kemodenan yg dijanjikan oleh kuasa2 besar pada waktu itu..Semua ini dilakukan utk menyekat dan memadamkan kesedaran terhadap sistem Khalifah dari bangkit semula..Organisasi2 kerajaan diwujudkan utk memantau dan menyekat gerakan ulama2 supaya rakyat keliru dan meninggalkan jalan2 baragama yg diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat2..Ada juga golongan2 ulama ditawarkan bekerja utk kerajaan bukan sebagai penasihat tetapi pelapor yg menjadi mata dan telinga kerajaan dlm menangani gerakan Islam..Semua ini dilakukan utk melemahkan kefahaman terhadap agama dikalangan rakyat dan mereka akan mudah diperdayakan dengan dakyah2 sekular..Maka lahirlah rantaian2 sekular yg membelenggu pemikiran umat Islam,memisah-masahkan saudara seagama dgn sempadan politik kebangsaan yg akhirnya melahirkan umat Islam yg tebal dgn sikap Asabiyyah yg melebihkan suku2 dan puak2 berbanding persaudaraan Islam sejagat..Secara automatik umat Islam akan gagal menjawab persoalan Munkar Nakir yg akan bertanya "siapakah saudara2 kamu" di alam kubur nanti..Munculnya PBB selepas perang dunia ke-2 dgn agenda penuhuhan negara Haram Israel melengkapkan perancangan yg diatur beratus tahun selepas era perang salib..Dgn bersemadinya Empayar Islam Othmaniah,Israel tidak dicabar dalam mencaturkan agenda jahatnya memporak-perandakan dunia Islam dgn aliran pemikiran,fahaman2 Islam yg baru dan asing,sogokan kebendaan,hiburan,Takwim kalendar yg secara perlahan2 memisahkan umat Islam dgn sunah2 Rasul sehingga Umat Islam hanya mengambil berat perkara2 yg rukun sahaja dan mengenepikan sunah2 yg diluar Ibadah seperti yg kita lihat skrg ini..Inilah Kronologi Pensekularan Islam yg telah berlaku dan kita hari ini masih dibelenggu dgn rantai2 sekular ini..Kemasukan sistem sekular dlm organisasi agama,menyebabkan Islam Itu terkurung di masjid,pejabat agama dan mahkamah Syariah..Apabila kita melangkah keluar dari tempat2 ini,kita dapat merasakan Roh Islam itu hilang krn ia telah dikurung dlm pintu2 masjid,fail2 pejabat agama dan kandang mahkamah Syariah..Urusan jual beli kenderaan,Pinjaman peribadi dan perumahan bergelumang dgn Riba..Sistem jual beli tidak lg berlandaskan Islam sehingga peniaga tidak malu utk menipu..Judi dan Arak berjalan dgn aman tanpa gangguan..Undang2 sivil menggantikan perundangan Islam..Sistem sosial menjadi tunggang-langgang dan mengidap penyakit runtuh nilai2 alhlak..31 Ogos pada sy bkn mengingati hari kemerdekaan krn ini bukan merdeka sebenarnya..31 Ogos adalah hari penyerahan kuasa dari rejim lama kepada rejim baru yg serupa ciri2nya,hanya bahasa dan warnanya sahaja yg bergeza..WALLAHUALAM..
100% setuju dengan koemn yang sangat-sangat panjang lebar diatas..
Utk menyedarkan kita semua mengapa kita jd begini..Wlwpun pencetus kpd kerosakan2 ini tlh lama mati,namun hantu raya mereka terus merasuk di seluruh dunia..
Post a Comment