Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 4, 2009

Tahniah YAKEB!

Haaa.. ini la yang kita nak dengor..
Memang sepatutnya ahli-ahli sukan negara kita dibantu sehabis baik oleh pihak yang berwajib terutamanya Kementerian Belia dan Sukan.
Bukan atlet sahaja, rakyat terbanyak pun WAJIB dibantu terutama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Jangan dok prihatin masalah sakit golongan artis ajaaa...

Selalu sangat kita dengor kes-kes rayuan sumbangan daripada ibubapa yang anak deme nak kena operate jantung atau hati.
Dan ada yang sampai hingga anak mereka mati, duit masih tak cukup!!
Malang betul kes macam ni berlaku di negara yang mengaku kaya dan mengutamakan rakyat nih!
Moga ianya tidak berulang lagi..

Wallahua'lam.

sunsnake 4.11.2009

Yakeb tampung kos perubatan Yahya Jusoh

KUALA LUMPUR - Yayasan Kebajikan Atlet (Yakeb) bersetuju untuk menampung sepenuhnya kos rawatan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Yahya Jusoh yang kini menderita akibat sakit saraf sejak tiga bulan lepas.

Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Dr Mumtaz Jaffar berkata, bekas pemain pertahanan yang digeruni pada tahun 1970-an itu akan mula mendapat rawatan di sebuah hospital pakar di Petaling Jaya hari ini.

"Esok kita akan bawa Yahya bertemu dengan doktor pakar bagi mengenal pasti jenis penyakit dan rawatan yang sesuai untuknya.

"Yakeb juga akan memantau perkembangan Yahya dari semasa ke semasa bagi memastikan bahawa beliau mendapat rawatan yang sebaiknya," kata Mumtaz kepada pemberita di sini, semalam.

Mumtaz berkata, Yakeb akan menganjurkan satu pertemuan antara Yahya dan kawan-kawannya bagi memberi semangat kepada beliau sebelum menjalani pembedahan nanti.

"Kita harap Yahya akan segera sembuh dan dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa," katanya.

Sementara itu, Yahya berkata, beliau amat berterima kasih dengan keprihatinan dan kesungguhan Yakeb dalam membantunya dan juga bekas-bekas atlet yang lain.

"Saya rasa terharu dengan keprihatinan Yakeb yang menghargai jasa dan sumbangan bekas-bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara satu masa dahulu dan ini adalah satu penghormatan buat semua atlet," katanya. - Bernama

0 comments: