Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 4, 2009

'Perut' masing-masing dah kenyang, baru laa..


Sume tokey-tokey koperasi dah kenyang, dah puas makan caj-caj mengarut-ngarut baru la nak kansel.. Terima Kasihlah buat Kerajaan Barisan Nasional yang 'prihatin dan 'mulia'.
Dan Tahniahlah sebab berjaya mengayakan tokey2 koperasi yang 99% adalah daripada orang UMNO! Khaakkkk PPttuuiihhh!!!
sunsnake 4.11.2009

Caj tambahan pinjaman koperasi dihentikan

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Semua koperasi di negara ini diarah menghentikan pelbagai caj keterlaluan yang dikenakan ke atas ahlinya yang membuat pinjaman berkuat kuasa serta- merta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya empat caj yang dibenarkan iaitu caj pemprosesan, duti setem, kos insurans dan caj melangsaikan pinjaman.

“Lain-lain caj tidak dibenarkan kecuali koperasi tersebut mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk berbuat demikian,’’ katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelas beliau, tindakan tegas itu diambil selepas kementerian itu mendapat aduan dan rintihan daripada para peminjam yang tertekan berikutan kadar caj tinggi.

Katanya, hasil siasatan mendapati 22 koperasi menjalankan aktiviti kredit mengenakan berpuluh-puluh caj tambahan sehingga menjadikan koperasi seperti ‘ah long’ yang berlesen.

Ismail Sabri menambah, caj keterlaluan tidak selaras dengan prinsip koperasi yang merupakan organisasi sosio-ekonomi yang tidak bermotifkan keuntungan.

“Caj keterlaluan yang dikenakan adalah melampau kerana ia menjangkau antara 30 hingga 40 peratus daripada pinjaman yang dibuat oleh ahli.

“Jika ahli meminjam RM10,000, dia hanya akan mendapat RM6,000 sahaja kerana terpaksa membayar pelbagai caj yang tidak masuk akal,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, semua 22 buah koperasi itu diberi masa enam bulan untuk memperbetulkan semula caj yang telah dikenakan kepada peminjam sebelum ini.

Tegasnya, jika dalam tempoh tersebut koperasi itu gagal, ia tidak akan dibenarkan beroperasi

0 comments: