Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 18, 2010

Nama kucing ni Altantuya!



sapa setuju dengan teman? angkat tangann!!!


Kawe setuju wehh!!! - Osama


Saye juge setuju dengan syarat kembalikan royalti CD saye!


Im Agreed but can his wife not 'kawan-kawan' with my Michele? to avoid lemak-lemak tu berjangkit! wakakakak!


Sesungguhnya aku setuju dengan mama kucin itu.. ehh!! nama kucin itu!


Teman setuju dua belah tangan wehhh!!

Saya turut bursutuju dengan cadangan nama itu! terbaik!
ada banyak segar ladang ada mari !


Kami bersetuju!!! Hidup Melayu!!
eehhh!!!! halamak! silap!!

miss soru!
Sirul & Azilah - kami nak angkat tangan tapi nak tutup muka gak!

KAMI SOKONG!!! PUAKA MEMANG PUAKA POMPUAN GEMUK TUUUUUUUU!!


sunsnake 19062010

Bubar Dun/Parlimen - Ke Mahkamah jugak akhirnya nanti...

Sorang keturunan cina, sorang keturunan India.. hah elok!

Ntahlah...
Kalau ikut sejarahnya..
Memang macam mustahil yang Najib nak follow idea Husam ni..
Mana mungkin UMNO-BN nak me'neutral'kan kelebihan yang selama ini cukup banyak berjasa padanya!

Silap-silap bila UMNO-BN bubar Parlimen dan PR pulak tak nak bubar Dun, hah!
Mau ke Mahkamah UMNO-BN heret kes tu masa tuh!
Dan seperti biasa.. Hakim-hakim 'azabannar memang tak sabar nak ketuk meja dengan tukul dan umum UMNO-BN betul!

Macam tu gak sebaliknya!
Kalau PR bubar DUN maunye UMNO-BN bawak ke Mahkamah jugak sebab depa tak bubar Parlimen! hahahaha!

Dan mana logik yang UMNO-BN sanggup pulak menghadapi pilihanraya yang tarikhnya telah ditetapkan awal-awal!

Ingat APCO Worldwide nak tengok saja!
sunsnake 18062010

Pakatan disaran umum awal tarikh p'raya negeri

Jun 18, 10 12:39pm

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat disarankan supaya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri lebih awal untuk "menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihan raya" dan "ia merupakan tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak".

"Sebelum (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihan raya kita sekarang," tulis exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Muda dalam blognya.

"Ini bermakna, tarikh pilihan raya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

"Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan," tulis Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Berita Penuh

Hati-hati! Jaga-Jaga! Ada orang nak jadi hero!


Haaa.. jaga-jaga semua!
Nanti ada la satu parti tu yang akan menyamar kononnya depa la hero!
Yang akan selamatkan kuil-kuil tu nanti..

Haaa.. inilah caranya nak dapatkan simpati @ kepercayaan masyarakat India balik!!

waaa... makin hebat idea-idea APCO ni!
sunsnake 18062010

Serang kuil: Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita
Jun 18, 10 7:52pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digesa mendedahkan nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti, mereka cuba menyerang tempat ibadat bukan Islam di negara ini. Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Mohamed Idris dalam kenyataannya berkata jika tidak ada bukti terhadap jenayah itu, mereka yang menyebarkan berita palsu berkenaan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Islam perlu diseret ke mahkamah. “Kami menggesa Ketua Polis Negara supaya mendakwa mereka (pengganas) di mahkamah jika terdapat bukti yang menyokong dakwaan bahawa mereka merancang untuk memusnahkan kuil itu. “Jika tidak terdapat bukti terhadap jenayah yang didakwa itu, maka mereka yang bertanggungjawab mereka-rekakan dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam itu hendaklah dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Berita Penuh

Hek eleh Jepun nih! macam bagus!


Hek eleh.. jepun ni.. macam bagus sangat!

Malam esok tau la nasib korang jepun!!

Bagero!
sunsnake 18062010

Jepun yakin dapat kalahkan Belanda
2010/06/18

GEORGE, Afrika Selatan: Jepun percaya mereka boleh mengecewakan Belanda dalam pertemuan getir Sabtu ini, seperti mana yang mereka lakukan dalam perlawanan persahabatan di gelanggang lawan, September lalu.

Pasukan Blue Samurai itu mendominasi awal permainan ketika menentang Belanda sebelum akhirnya tewas 3-0, menyerahkan ketiga-tiga gol itu dalam tempoh 20 minit di Enschede.


“Kami bermain baik pada separuh masa, saya fikir perkara paling penting adalah bagaimana kami memberi tumpuan terhadap pertahanan kami selepas rehat,” kata pemain tengah, Junichi Inamoto di pusat latihan Jepun di George, kelmarin.


“Kami perlu menyerang habis-habisan kerana kami sedar perlawanan itu sukar,” kata pemain berusia 30 tahun itu, veteran bagi tiga Piala Dunia yang kembali ke Jepun, Januari lalu, selepas sembilan tahun bersama beberapa kelab Eropah, termasuk Arsenal dan Fulham.


“Kami masih berpeluang menang,” kata pemain Kawasaki Frontale itu yang menyaksikan perlawanan persahabatan September lalu dari bangku simpanan.


Perlawanan di Durban bagi Kumpulan E, Sabtu ini, menjadi kunci selepas Belanda berhempas pulas untuk mengatasi Denmark 2-0 dan Jepun mengejutkan kuasa besar Afrika, Cameroon 1-0, Isnin lalu.

Pemain tengah Gamba Osaka, Yasuhito Endo, bermain 90 minit penuh di Enschede, memberi amaran yang pasukan Belanda itu ‘cemerlang dari segi skil individu.’ “Perlawanan itu sudah pasti bukan mudah. Saya fikir kesabaran kami akan teruji bagi sebahagian besar perlawanan,” kata Pemain Terbaik Asia 2009 itu.

Pemain rookie CSKA Moscow, Keisuke Honda yang berhijrah dari kelab Belanda, VVV Venlo, Januari lalu, menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Cameroon yang menyaksikannya beraksi sebagai penyerang walaupun peranan biasanya pemain tengah menyerang. - AFP

Bukti hasil Halalkan yang Haram


Setelah halalkan yang haram.. ada gak yang haram!!

Kalau alasan Kerajaan UMNO-BN halalkan judi sukan untuk kawal judi sukan haram..
jadi macam judi kasino la jugakk!!

Kerajaan dok bangga dengan kasino gedabak kat Genting tuh!
Ada jugak kasino haram bersepah-sepah!

Hmm...
sunsnake 18062010

2 kasino mini diserbu

2010/06/18
PETALING JAYA: Taktik dua ‘kasino mini’ yang dipercayai baru beroperasi dua bulan lalu berselindung di sebalik perkhidmatan kafe siber berjaya dihidu pihak berkuasa.
Malah ketika diserbu kira-kira jam 3 petang semalam, kedua-dua penjaga premis yang terletak berhampiran antara satu sama lain di Damansara Perdana, dekat sini tidak menyedari kawasan sekitar premis mereka sudah dikepung polis.

Kegiatan mereka berjaya dikesan berdasarkan risikan dan maklumat awam sebelum sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman bertindak menyerbu premis itu.

Operasi yang diketuai Superintendan Maszely Minhad, turut dibantu dua pegawai dan enam anggota dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Berita Penuh

Siapa Bawa Sampah-sarap di Parlimen wehh!!



hmm.. kalau kita nak ke Batang Berjuntai atau ke Felda Sungai Tengi Hulu Selangor,
jalan paling dekat kalau dari KL adalah melalui highway PLUS dan keluar persimpangan tol Bukit Tagar.. Tapi jangan terkejut jika terlihat semua pekerja PLUS dipondok memakai mask!

Bukan sebab H1N1.. tapi sebab bau busuk sampah! beberapa Kilometer dari situ terletaknya pusat pengumpulan sampah yang terbesar pernah teman tengok!

Tiap-tiap hari beratus lori sampah jenis kontena keluar masuk tol Bukit Tagar hinggakan PLUs terpaksa buat 'siraman air otomatik' di tepi pondok tol mereka untuk mencuci permukaan jalan yang basah dek air sampah apabila lori-lori tersebut berhenti membayar tol!

Memang 'kaw' bau dia tapi apakan daya... Tahniah dan syabas buat petugas-petugas pengangkut sampah tersebut. Suatu pekerjaan yang sangat mulia berbanding sekiranya menjadi Ahli Parlimen Senator yang bukan dipilih oleh rakyat pun! tetapi sekadar memenuhi kuota parti politik ataupun 'ancaman politik' sebenarnya....
sunsnake 18062010

Kabinet Penuh Dengan 'Sampah Sarap'

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Negara kini seperti dipenuhi dengan 'sampah sarap' apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik ke dalam Kabinet terlalu ramai Senator yang sebenarnya tidak pun dipilih dan diperlukan oleh ahli parti mereka sebagai pemimpin.

"Sebagai contoh, G Palanivel yang tidak dilantik sebagai calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor dan digantikan dengan p Kamalanathan. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Menteri. Persoalannya mengapa bukan Kamalanathan yang dipilih," kata Salahuddin.

Beliau mendedahkan bahawa MIC telah melakukan satu kajian dan hasil daripada analisis tersebut merumuskan sekiranya Palanivel masih dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, Barisan Nasional akan kalah.

"Jadi mengapa kerajaan masih melantik orang yang tidak diyakini oleh parti yang diwakilinya, yang mana minda dan pandangannya tidak lagi diperlukan untuk menggerakkan dan memimpin parti. Kebiasaannya kita akan buang benda-benda yang tidak berguna, yang akhirnya menjadi 'sampah sarap"," tegas beliau lagi.

Salahuddin turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang melantik terlalu ramai Senator dari kalangan MCA seperti mana yang berlaku dalam rombakan terbaru Kabinet.

"Jika kita lihat kepada pelantikan tersebut, saya rasa rakyat Malaysia tidak yakin dengan barisan Kabinet Perdana Menteri hari ini, katanya.

Suara-Keadilan