Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 6, 2010

Mati di Mekah? Hebat!


Dok bersembang dengan ayah dan adik-adik di kampung sambil teman dok layan demam 2 hari ni tersembang pulak pasal kematian di Mekah..

Teringat teman sewaktu berbual dengan kawan-kawan sekerja.. Ada dua orang sahabat ni dok berdebat sampai almost nak bertegang urat leher gak laa..
Isunya.. kelebihan mati di Mekah!

Adusss.. nampak macam berat isu ni kalau digunakan fatwa melayu..
Kalau fatwa Islam simple je..

yang sorang tu dok menegakkan hujah iaitu..
Mati di Mekah ada kelebihan.. macam ada syafaat laaa..
Yang sorang lagi pulak dok kata sama jee..
Yang penting amalan..

dan akhirnya teman buat-buat la lalu tepi mereka..
dan mamat yang kata mati di Mekah ada kelebihan terus tanya pendapat teman..
Sambil meneruskan langkah dengan perlahan teman kabo ke deme..
"Abu Jahal pun tanam kat Mekah jugakk.. Sama gak masuk Neraka nyeerrr.."
terus teman blah!

sempat teman melihat muka sahabat yang kata amalan lebih penting tu sengih lebar!

hehehehe.. isu furu' macam ni pun jadi hal....
sunsnake 06062010

Saturday, June 5, 2010

Totok UMNO kompom kata 'Baiknya Vincent Tan!"



Judi sukan: Vincent Tan sedia derma RM525 juta
Jun 5, 10 6:06pm
Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation.

Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut.

Demo Anti-Israel APCO@KL 04062010



Start dari Solat Jumaat teman dah rasa tak selesa dah.. Maunye idak! Solat Jumaat tengah panehh!! Berjemur dengar khutbah Jumaat wehh!
Udah la isi khutbah Jumaat Masjid Kg Baru semalam hampehhh!!
Bab isu Hari Keputeraan Baginda Yang Dipertuan Agong takpe lagi..
tiba-tiba lak masuk bab rakyat patut menjiwai gagasan 1Malaysia!!!
Nak maki Khatib.. dia cuma baca teks..
Dia pun tahu, berpuluh ribu hardcore PAS dok ada kat luaq ni!! hehehe

Perjalanan dari Masjid Jamek Kg Baru ke US Embassy benar-benar mencabar!
Tetapi cabaran sebenarnya adalah perjalanan pulang ke Kg Baru!!
Letih woooo!!
Tadi takpe la jalan ramai2.. takbir ramai2..
Ada Abang Mat Sabu dok jalan sebelah..
Ini dok layan diri jalan balik.. fuhh!!

Apa pun.. Perjuangan ini terlalu kerdil dibanding dengan umat Islam Palestin..

p/s: hari ni teman demam.. satu badan jammed!! amik ko!
hehehehe

sunsnake 05062010


































Friday, June 4, 2010

Khairy nak gi Israel letupkan APCO!!! Wakakak!


Dalam banyak-banyak lawak..
inila yang paling lawak!!

Khairi si menantu Pak Lah nak gi Gaza lawan Israel wehhh!!
Nak lawan dengan apa?? Duit?
Takkan dia nak rasuahkan di Netanyahu tu kot??
wakakak!!

Dia ingat Netanyahu tu macam pemuda-pemuda UMNO ke Mabuk duit!
Muntah duit! Hantu duit!!

adoilaaa!!
2 ekos Israel kat Bukit Aman pun kamu takut getik nak tegur!!
Keluar statement pun idak pasal 2 ejen yahudi tuh!!
Alih-alih bagitau semua orang dia sanggup gi Gaza??

wakakakak!!
Air mata teman dah mengalir deras nih!!
memang kelakar gilerrr!!!

sunsnake 04062010

Demo Anti - Israel APCO !!


Teman dah barai sangat nih!!
Menapak dari Masjid Kg Baru ke US Embassy..
Ok laagi..

Menapak balik dari US Embassy ke Masjid Kg Baru!!
tu yang pewai tuh!! wakakaka!!

Apa-apa pun takbir!!!!

nak hilang penat nanti teman update gambo & video..
sementara tu leh le gi usha blog2 sahabat yang dah update!!

kalau nak nunggu hasil lensa teman..
tunggu le dulu yekk!!!!
Best woo.. siap ada gambo awek Palestin lagikk!! hehehe

sunsnake 04062010

Pemuda UMNO - Hina Quran takpe, Hina Hakim? Hidup Melayu!



Aikk?? Takde pulak puak-puak UMNO ni nak buat report polis bila Najib luluskan lesen judi bola hari tu??? Najib langgar larangan Allah SWT dalam Al-Quran tuh!!
Ke tak jumpa ayat??

sunsnake 04062010

Pemuda UMNO lapor polis, Anwar sifatkan hakim ‘bahalol’

KUALA LUMPUR 3 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menghina dan membuat tuduhan jahat terhadap institusi kehakiman negara apabila menggelarkan hakim yang mengadili kes beliau sebagai ‘bahalol’.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 4 petang ini.

Megat Firdouz berkata, laporan itu dibuat kerana pihaknya mendapati kenyataan Anwar seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 dan 31 Mei lalu adalah subjudis kepada kes beliau yang sedang dibicarakan.

“Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, Anwar tidak sepatutnya membawa sistem kehakiman sebagai bahan tohmahan di pentas politik dengan meracuni fikiran rakyat.

“Saya juga percaya Anwar mempunyai niat jahat yang sengaja dilakukan untuk menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap sistem kehakiman negara,” katanya selepas membuat laporan tersebut di sini hari ini.