Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 6, 2010

Mati di Mekah? Hebat!


Dok bersembang dengan ayah dan adik-adik di kampung sambil teman dok layan demam 2 hari ni tersembang pulak pasal kematian di Mekah..

Teringat teman sewaktu berbual dengan kawan-kawan sekerja.. Ada dua orang sahabat ni dok berdebat sampai almost nak bertegang urat leher gak laa..
Isunya.. kelebihan mati di Mekah!

Adusss.. nampak macam berat isu ni kalau digunakan fatwa melayu..
Kalau fatwa Islam simple je..

yang sorang tu dok menegakkan hujah iaitu..
Mati di Mekah ada kelebihan.. macam ada syafaat laaa..
Yang sorang lagi pulak dok kata sama jee..
Yang penting amalan..

dan akhirnya teman buat-buat la lalu tepi mereka..
dan mamat yang kata mati di Mekah ada kelebihan terus tanya pendapat teman..
Sambil meneruskan langkah dengan perlahan teman kabo ke deme..
"Abu Jahal pun tanam kat Mekah jugakk.. Sama gak masuk Neraka nyeerrr.."
terus teman blah!

sempat teman melihat muka sahabat yang kata amalan lebih penting tu sengih lebar!

hehehehe.. isu furu' macam ni pun jadi hal....
sunsnake 06062010

3 comments:

Anonymous said...

Abu Jahal orang bukan Islam.... kalau orang Islam tentulah ada kelebihannya mungkin ???

Anonymous said...

Sunday, September 28, 2008
PERKUBURAN AL-MA'LA DAN AL-BAQI'

Soalan; ustaz, adakah ada hadis yang menyatakan kelebihan keatas mayat yang ditanam di Ma'la (perkuburan di Mekah) dan juga Baqi' (perkuburan di Madinah)?

Jawapan;

Terdapat beberapa hadis menyebutkan kelebihan tanah perkuburan al-Ma’la di Mekah, namun menurut ulamak hadis; kesemuanya adalah dhaif termasuk hadis;

نعم المقبرة هذه
“Sebaik-baik tanah perkuburan ialah yang ini (baginda maksudkan al-Ma’la di Mekah)” (HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Di antara yang dikebumikan di situ ialah isteri Nabi; Saidatina Khadijah.

Berkenaan perkuburan al-Baqi’ (perkuburan sahabat di Madinah), terdapat hadis-hadis soheh menerangkan bahawa Nabi s.a.w. selalu menziarahinya dan mendoakan keampunan Allah untuk penghuninya. Di antaranya, hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. setiap kali bermalam di rumahnya, baginda akan keluar menuju ke perkuburan al-Baqi’ pada saat hujung malam dan baginda mengucapkan;

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ، غَداً مُؤَجَّلُونَ، وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ؛ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ
“Selamat sejahtera ke atas kami para penghuni kediaman kaum yang beriman. Telah datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu. Kami –Insya Allah- akan mengekori kamu. Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untuk para penghuni perkuburan Baqi ini” (HR Imam Muslim).

Terdapat hadis soheh menyebutkan kelebihan mati di Madinah secara amnya, iaitu sabda Nabi s.a.w.;

-أن نبي الله صلى الله عليه وسلم قال من استطاع أن يموت بالمدينة فليفعل فإني أشفع لمن مات بها
“Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat untuk orang yang mati di situ” (HR Imam Ahmad dari Abullah bin Umar r.a.).

Di perkuburan al-Baqi’ dikebumikan lebih 10 ribu sahabat, antaranya; Saidina Usman, isteri-isteri Nabi selain Khadijah dan Maimunah, anak-anak Nabi (Fatimah, Ruqayyah, Ummi Kaltsum dan sebagainya), cucu Nabi (al-Hasan bin Husain) dan ramai sahabat lagi. Menziarahinya merupakan suatu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana hadis tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Buyut as-Sohabah, Dr. Muhammad Ilyas Abdul-Ghani, hlm. 165-167.
2. Tarikh Makkah al-Mukaramah, Dr. Muhammad Ilyas Abdul-Ghani, hlm. 145.
3. Tarikh al-Madinah al-Munawwarah, Dr. Muhammad Ilyas Abdul-Ghani, hlm. 14.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:44 AM

budakbalun said...

Jazakallah Ustaz atas pencerahan..