Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, May 8, 2010

Tembakkan aje Cik Polis oiii!! Apa ada hal??


Teman faham tugas seorang Polis.. tapi perlu ke sampai tembak kat badan?
Perut lak tuh! Nasib baik tak kena kepala macam Arwah Aminul!

Emm.. Lapang sasar tempat Polis training menembak dah tutup ke?
makin menjadi-jadi plak aksi tembak-tembak nih!
(bukan tembak menembak sebab hanya Polis sahaja yang menembak dalam kes-kes ni!)

sunsnake 08052010

Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas Mei 8, 10 4:12pm

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti."Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita. Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

berita penuh

Rais sindir Rosmah terang-terang!



Jangan jeling2 Tuanku... Kena C4 lak karang!! Ampun Tuanku!

Rais: Melayu perlu sedar asal-usul
Mei 8, 10 5:06pm

Orang Melayu perlu sedar mengenai asal-usul mereka dan sentiasa merujuk kepada Perlembagaan negara bagi mengelakkan berlakunya pertikaian terhadap institusi Diraja dan istana, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim. "Pokoknya orang Melayu sudah lupa asal-usul dan dahan bergantungnya. Orang Melayu sendiri harus sedar, penjelmaan sejarah harus kita pegang dengan kukuh," katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi dan jabatan yang menyumbang kepada Pameran Keranda di Muzium Negara di Kuala Lumpur, hari ini.
-malaysiakini



'Rosmah derhaka anggap dirinya Wanita Pertama'
Mei 8, 10 12:36pm

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.
“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara. “Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini. Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.
-malaysiakini

Ratus Ribu Lagi Mahal dari Puluh Juta?


Itulah falsafah UMNO..
Itulah konsep 1Malaysia yang UMNO agung-agungkan!

Benarlah kata DS Anwar Ibrahim..
1Malaysia hanyalah untuk rakyat marhaen..
tetapi untuk pemimpin-pemimpin UMNO, ada 2Malaysia!

1 undang-undang untuk Pemimpin-pemimpin UMNO,
1 lagi undang-undang untuk rakyat miskin!

Kalau benarlah Dr Hassan Ali membaik pulih pejabatnya bukankah itu pejabat milik Kerajaan negeri Selangor? Bukankah ianya bukan milik mutlak beliau?
Ditakdirkan orang lain pulak dipilih sebagai Exco, pastinya milik orang lain pulak bilik itu?
Ianya didalam bangunan SUK bukan?

Sedangkan Banglo mewah Khir Toyo itu adalah milik mutlaknya!
Bukan boleh jadi milik orang lain melainkan dia menjual dan pastinya mendapat keuntungan peribadi!

Apa pun jika benar nilai pengubahsuaian itu bernilai sebanyak yang dinyatakan sendiri oleh Dr Hassan Ali, wajarlah beliau memberi penerangan dengan lebih jelas agar puak-puak munafik UMNO ini tidak lagi memekik melolong dengan dengan nilai yang rendah tetapi mendiamkan diri dengan nilai yang terlalu tinggi!

sunsnake 08052010

Pejabat Hassan Ali: UMNO ke SPRM

SHAH ALAM 7 Mei - UMNO Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bahawa Datuk Dr. Hassan Ali menggunakan peruntukan kerajaan negeri dalam jumlah yang tidak munasabah bagi mengubah suai pejabatnya.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, laporan itu akan dibuat bagi membolehkan suruhanjaya itu meneliti sama ada wujud penyelewengan berhubung kerja-kerja pengubahsuaian berkenaan.

Hassan dalam kenyataannya semalam menyatakan, jumlah sebenar pengubahsuaian itu ialah RM299,729 dan bukannya RM350,000 seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Abdul Shukor, jumlah berkenaan juga terlalu besar dan tidak munasabah kerana ia menyamai dengan kos pembinaan sebuah rumah teres dua tingkat.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan cara pelantikan kontraktor yang terlibat.

"Kita akan buat laporan SPRM mengenai perkara ini dan untuk itu, kita akan meminta Pergerakan Pemuda UMNO Selangor membuat laporan berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

berita penuh

"Touching Gilerr Gambo nih!"

Teman tak tau nak kata apa..
Inilah hakikat mana-mana pemimpin agung gerakan Islam..
Bukan Dunia yang menjadi matlamat hidupnya..
Hidupnya adalah untuk akhirat!

Namun Dunia menjadi tempatnya menyediakan bekalan...
Pastinya dia mahu seluruh manusia beriman kepada Allah Azzawajalla.
Dan pastinya juga akan ada manusia yang bertuhankan syaitan yang senantiasa mencari jalan untuk menghalang perjuangannya...

Ya Allah.. Selamatkan pemimpin-pemimpin kami dalam gerakan perjuangan agama-Mu ini!
Himpunkanlah kami bersama-sama mereka di Hari Perhitungan kelak!

Amin! Ya Rabbal 'alamin

sunsnake 08052010

sumber - Anak Muaalaf

Rosmah ingat Najib=Obama!


Bini Obama memang la orang gelar America 1st Lady sebab USA mana ada Agung ataupun Sultan!
Malaysia ni hierarki tertinggi adalah Sultan.. so 1st Man Malaysia adalah Yang Dipertuan Agung..
Secara otomatiknya Raja Permaisuri Agung adalah 1st Lady of Malaysia!

Cemane lak ke Rosmah pulak perginya gelaran tu? hmmmm siapa yang confuse nih?
Rosmah ke Najib?

Tak nak Perkasa gi peringatkan si Rosmah ni? Ataupun memang benar si Armand Perkasa tu takde tel*r?
sunsnake 08062010

'Rosmah derhaka anggap dirinya Wanita Pertama'
Mei 8, 10 12:36pm

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka. “Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara. “Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

berita penuh

'Modus Operandi' setiap Menteri Sumber Manusia BN!


Inilah 'zikirnya' setiap kali seseorang pemimpin BN dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.
Mungkin sejak Merdeka lagi! Dan kebetulan pulak jawatan Menteri Sumber Manusia ini adalah secara tradisinya milik MIC.

Hal nak naikkan gaji ni dah jadi semacam 'retorik yang dihalalkan' oleh setiap Menteri Sumber Manusia BN tetapi hakikatnya nasib golongan bergaji rendah di Malaysia ini tetap tidak terbela!

Walaupun gaji mereka dinaikkan sekalipun, tidak akan mampu menjernihkan kehidupan kerana kos sara hidup yang sangat tinggi dan seolah-olah diluar kemampuan kerajaan Malaysia untuk mengawalnya!
Setakat ini tidak ada langsung usaha kerajaan yang serius bagi menangani kenaikan harga barang keperluan malahan masih sibuk mencari jalan bagi mencipta alasan menaikkan harga!

Yang miskin makin miskin.. Pemimpin BN dan kroni yang kaya makin kaya! Rasanya itulah modus operandi BN yang paling berkesan setakat ini!
sunsnake 08052010

Kerajaan ikrar tangani isu gaji rendah
Mei 8, 10 11:03am
Kerajaan amat peka dan prihatin dengan gaji rendah yang diperoleh pekerja di beberapa sektor tertentu, dan faham bahawa ketika ini terdapat 30 hingga 40 peratus kelas pekerja yang masih berada dalam kumpulan berpendapatan rendah, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata, kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji pekerja ini dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. "Kerajaan mahu supaya gaji pekerja dalam sektor-sektor ini ditingkatkan," katanya ketika berucap di Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

berita penuh