Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 17, 2010

Fiesta Kelantan - Kemurkaan dari Langit?



Teman dah ulas isu Kemunafikan UMNO disini..
Akhirnya apa yang berlaku? Fiesta jadi fiery!

Sedari awal lagi puak-puak UMNO Kelantan ni dah menipu-nipu semahu-mahunya..

Dengan menipu dan menghina Tuan Guru Nik Aziz selaku Ketua Eksekutif Kerajaan Kelantan..
Dengan menghina Pemangku Sultan Kelantan apabila banner fiesta ini hanya ditayang muka Najib.. fuh!! jangan main-main wooo..
mungkir janji ni bukan hal kecik..

mungkin pada UMNO mungkir janji ni macam dosa terlihat rambut Rosmah barangkali...
apa-apa pun.. Allah SWT memperlihatkan se'kuman' kuasanya malam tadi...
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


sunsnake 17062010

Hujan Iringi PM Terbang Awal

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Berita Penuh

Wednesday, June 16, 2010

Bangsa Melayu lebih hebat dari bangsa India!



maaf cakap.. masa teman kecik-kecik dulu.. teman selalu diceritakan kisah orang India bunuh diri!
Maklumlah.. teman ni duduk di kampung yang dekat dengan petempatan orang india... malahan ada orang india yang lalu hari-hari depan umah teman gi menoreh!

Masuk sekolah rendah.. lagi ramai kawan india.. teman sekolah di sekolah kg balun takat darjah 5.. lepas tu tukar ke sekolah di Slim River.. kat sini pun selalu gak teman dengor cerita India bunuh diri!

masuk sekolah menengah lagi la teman ramai kawan India.. dalam kelas teman saja dah ada dalam 10 orang India.. pun teman masih dengar kisah-kisah India bunuh diri.. minum racun laa.. gantung leher laaa.. tikam dengan pisau laa.. overdose todi laa.. macam-macam!

Tapi la ni tak sure la pulak banyak lagi ke idak kes India bunuh diri.. Yang pasti.. Melayu pulak semakin 'menjuarai' kes-kes ni.. Yang pelik selalunya India bunuh diri sebab kalah judi..
Yang melayu bunuh diri sebab putus cinta!!!

Putus cinta dengan Allah idak pulak difrustkannya? putus cinta dengan awek pulak sampai tergamak mati kafir! Mana Islamnya? Mana Imannya? takkan kosong langsung ilmu Islam dalam hatinya?

Hmm.. JAKIM nak kata apa agaknya dalam isu ni ye?

salahkan Curt Kobain kot sebab jadi ikon suicide nih!
sunsnake 16062010

Nota dalam tangan mayat kena gilis

2010/06/15

BUKIT MERTAJAM: “Sha...012xxx, dia menyebabkan saya mengambil tindakan ini, dia mahu saya mati...,” itu nota kecewa tulisan tangan yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang maut digilis kereta api di Jalan Sri Bukit, di sini, semalam.

Nota itu adalah luahan hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya memutuskan hubungan mereka.

Malah, seminggu sebelum itu, mangsa nekad mengelar badan di depan teman wanitanya.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, orang ramai menemui mayat yang digilis kereta api di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sri Bukit sebelum menghubungi polis.


Sumber polis berkata, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri selain keadaan mayat yang putus dua dan hancur.
Bagaimanapun, katanya, melalui sekeping nota yang ada bersama mayat itu, pihaknya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek.
“Kami menghubungi nombor yang ada pada nota itu dan wanita berkenaan mengakui mengenali lelaki terbabit.
“Berdasarkan keterangan wanita itu, mangsa, Faizal Abd Azi, 25, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah adalah bekas teman lelakinya,” katanya.

Berita penuh

Start esok jangan panggil saya bos! faham!


Wakakakaka!
Tak sangka lak teman panggilan 'boss' tu tak sopan!
Kalau macam tu start esok apa la teman nak panggil Manager teman kat opis ni..
errr.. Yang Mulia leh tak?

wakakakaka!

Marah pulak Pandikar Amin tak Mulia karang!
sunsnake 16062010

Panggilan bos rujuk ketua tidak sopan, kata tokoh bahasa

June 16, 2010

BEIJING, 16 Jun — Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia satu amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.

“Panggilan bos merupakan perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung mempunyai erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan-lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya beliau terpanggil untuk menyuarakan perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan oleh pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat malah kepada menteri-menteri sejak akhir-akhir ini.

Berita penuh

UMNO..UMNO.. cakap Munafik marah!



Tajuk : Ciri-ciri Orang Munafik
Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad (sumber- JAKIM)

itulah UMNO yang rakyat Malaysia kenali..

Dulu masa nak lepas pelumba basikal lebih kurang macam tu laa..

Memang WAJIB Kerajaan Kelantan pulaukan majlis tu jauh-jauh..

Ni kira macam pencuri yang dah sah mencuri kat rumah seseorang.. lepas tu masuk balik rumah tu dan menipu pulak tuan rumah tuh!
Dah lah rembat hasil minyak Kelantan, lepas tu slumber rosmah dia masuk balik ke Kelantan dan siap menipu pulak dengan Tuan rumah!

hmmm.. apsal la makcik-pakcik felda yang totok UMNO tak insaf-insaf lagi??

sunsnake 16062010

Dakwa mungkir janji, Nik Aziz pulau Fiesta Kelantan malam ini

June 16, 2010

KOTA BARU, 16 Jun – Kerajaan Kelantan akan memulau majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di perkarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini malam ini dengan alasan penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini, Takiyuddin berkata, tindakan penganjur itu menyinggung perasaan kerajaan negeri yang diketepikan dalam banyak perkara.

Berita penuh

Bayar tapi tak bertanggungjawab?


Adusss..
Seumur hidup teman ini la 1st time teman dengor..
Bayar pampasan tapi tidak bertanggungjawab(baca bersalah)..

Kalau tak bertanggungjawab apsal lak nak bayar?
Atas apa duit tu dikeluarkan?
Lagipun.. duit sapa yang dikeluarkan tu?
Duit Polis ke Duit poket defendan-defendan tu sendiri?

Kalau duit Polis, apsal pulak Polis kena keluar duit atas perkara yang bukan tanggungjawab?
Kalau duit defendan sendiri, apsal pulak kena keluar duit kalau bukan tanggungjawab defendan?

aduhhh!! sengal..sengal..

Saman RM2juta.. setel luar mahkamah dapat RM90k.. tak macam rugi ke ye?
sunsnake 16062010

Isteri lelaki mati dipukul polis dapat pampasan RM90,000

16/06/2010 3:51pm

KUALA LUMPUR 16 Jun – Suri rumah yang kematian suami akibat dipukul seorang konstabel, akhirnya mendapat pampasan sebanyak RM90,000 daripada pihak polis dan kerajaan.

Siti Rohana Mohamed, 27, mendapat pampasan itu selepas lima daripada enam defendan iaitu Ketua Polis Balai Polis Puchong, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Negeri Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan kes saman RM2 juta di luar mahkamah terhadap mereka.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Siti Rohana berkata, kelima-lima defendan bersetuju membayar jumlah itu tanpa mengaku bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku pada 26 Mei 2002.

Manoharan juga berkata, pengurusan kes itu berhubung defendan pertama iaitu Konstabel Mohd. Izwan Sahak, 28, ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Berita Penuh

Memang la ada sebab Rosmah oiii!!


"Kalau tiada ada angin masakan pokok boleh bergoyang"..

Mestila ada sebab sampaikan ADUN Singh tu leh jadi katak!
Yang teman dok heran.. Najib pun tak tahu kenapa??

Aikk?? purak-purak tak tahu pulakk!!

Manakan mungkin Zambry berani buat keje kalau Najib tak izin!!
sunsnake 16062010

Pasti ada sebab Keshvinder keluar DAP - Najib

KUALA LUMPUR 15 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah pasti ada sebab tertentu yang menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh mengumumkan keluar daripada DAP.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, hanya Keshvinder yang dapat menjelaskan sebab-sebab beliau bertindak sedemikian.

"Mesti ada suatu sebab kenapa dia keluar daripada parti. Dia tak puas hatikah atau dia hilang keyakinan dan sebagainya.

"Saya rasa elok kita tanya dialah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Guru-Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Berita Penuh