Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 2, 2010

Bila Hidup Tiada Islam..


Kalaulah mereka ni hidup memperjuangkan bangsa kulit putih..
Itulah yang mereka dapat..
Sama gak la kalau melayu sibuk nak hanya memperjuangkan melayu..
Maka melayu la yang mereka dapat..

Lain cerita kalau Bangsa Kulit Putih memperjuangkan Islam..
Dengan Bangsa Kulit Putih, dengan Bangsa Melayu.. dengan Bangsa Cina, Bangsa India..
satu dunia punya bangsa kan turut sama memperoleh manfaat!

err.. agak-agak bila melayu pulak nak jadi macam nie? Na'uzubillah


sunsnake 02032010

Getting naked for art at the Sydney Opera House

SYDNEY, March 1 – Some 5,200 Australians posed naked in front of the Sydney Opera House on Monday for a photo shoot by New York-based artist Spencer Tunick for another signature installation of nudes against urban backdrops.

On a chilly, overcast, first day of autumn, the mass nude photo shoot was titled “Mardi Gras: The Base” and meant to celebrate Sydney’s Gay and Lesbian Mardi Gras last weekend.

As the sun rose, Tunick instructed participants to do a number of poses, from standing up, lying down, and even embracing cheek to cheek, for over an hour.

berita penuh

Hebatnya JAIS! Hebatnya Khusrin!


Nampak nyamuk! Tampar Nyamuk!
Sarang nyamuk belakang rumah.. tengok saje..

Sibuk nak hukum..
Tapi punca jadi maksiat macam tu dibiar..

Ada artis yang dah bertaubat dan jadi pendakwah di'banned' memberikan kuliah!
Tapi bila artis maksiat nak buat konsert dibiar..

Ini la fungsi agensi-agensi Islam kat Malaysia ni tak kira la Selangor ke.. Mana ke..

Yang dah jadi macam perempuan melayu ni.. nak buat macam mana?
Tapi yang akan datang kena jaga betul-betul!
Kembali la kepada Islam yang sebenar..

err.. mana ada Al-Quran suruh hukum denda duit pada penzina yang Islam??
Agak-agak boleh ke si Khusrin ni cakap
"kami menghukum penzina ini atas undang-undang Islam!"?

sunsnake 02032010

JAIS ambil tindakan jika bersekedudukan

SHAH ALAM 28 Feb. - Teman lelaki serta ibu kanak-kanak berusia tiga tahun yang meninggal dunia akibat didera, Syafiah Humairah Sahari akan dihukum mengikut undang-undang syariah sekiranya terbukti bersekedudukan dan mengadakan persetubuhan haram.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tindakan itu akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang syariah negeri itu yang termaktub di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Katanya, berdasarkan enakmen tersebut, sekiranya ibu kanak-kanak berkenaan, Siti Norhanim Aziz, 25, serta teman lelakinya itu didapati bersalah, mereka boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi yang berkenaan.

berita penuh

Kali ni teman sokong Kerajaan Malaysia!


Siapa kata teman asyik nak bantai je Kerajaan Malaysia?
Siapa kata teman asyik nak 'kondem' je kat UMNO?

Kali ni teman sokong idea/plan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kerja Raya..
Nak buat satu highway dari Sabak Bernam ke Utara ataupun Selatan..
Molek sangat la tu..
Kurangkan kesesakan traffik terutama di musim-musim perayaan..

Cuma.. jangan la mahal sangat tolnya!
Dan kalau Kerajaan mampu buat.. buatkan aje..
So, tak payahlah bagi swasta ataupun GLC..
kelak jadi la macam PLUS ni ha!!
sunsnake 02032010

Kerajaan buat kajian bina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua

01/03/2010 7:59pm

SEREMBAN 1 Mac – Kerajaan kini membuat kajian terperinci bagi membina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua bagi menyediakan laluan opsyen kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan yang sedia ada untuk ke destinasi mereka.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kajian itu meliputi kadar trafik serta pekan yang boleh dilalui lebuh raya baru tersebut selain kesannya terhadap ekonomi dan pembangunan setempat.

“Keperluan untuk membina lebuh raya ini sememangnya ada, namun kita harus menelitinya dengan lebih mendalam,” katanya selepas merasmikan persimpangan Setul dan Ampangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), di sini hari ini.

Untuk rekod, projek itu telah dirancang ketika kementerian tersebut dipegang oleh Datuk Seri S. Samy Vellu dan dijangka dibina dalam dua fasa iaitu fasa pertama menghubungkan Banting dan Sabak Bernam sebelum dihubungkan dengan Taiping dalam fasa kedua.

Mengulas perkara itu, Shaziman bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lebuh raya tersebut hanya akan menghubungkan Sabak Bernam ke selatan tanah air jika kajian tersebut mendapati ia kurang sesuai untuk dihubungkan ke utara. – Bernama

Monday, March 1, 2010

Amalan Buat Pejuang Islam!



Ringkasan:-
Adakan satu amalan yang dilakukan secara istiqamah (beretrusan) walaupun sedikit/tidak panjang/berat.

Untuk memohon perlindungan Allah SWT daripada bala bencana

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Ini ada permit ka? Ada? aikk??

Yang ni boleh pulak ada permit?
Kepala Bapak tauliah mana kuffar ni ada?

Yang ni? Mamat sial ni ada Ijazah Syariah Mesir ke?
Ke anak-anak Tok Menteri pun joint?


Yang ni ada Selawat Nabi dan Tasbih Kifarah kot didalamnya?


Yang ni bekas Imam Masjidil haram kot???


Yang ni bekas Ustazah KAFA kat johor ke?

sunsnake 01032010

Anak bekas mufti dituduh mengajar tanpa tauliah

Anak bekas mufti Perlis Fathul Bahri Mat Jahaya dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah semalam.

Fathul Bahri, 30, yang dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan, kes tersebut akan dibicarakan pada 5 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas prosiding tersebut pagi tadi, Fathul Bahri mengesahkan tangkapan dan pendakwaan terhadapnya itu.

“Saya sekarang ini dalam proses mendapatkan khidmat peguam bagi menangani kes ini,” katanya yang kini berkhidmat sebagai penasihat agama di sebuah pusat perubatan terkenal di ibu negara.

Menceritakan pengalannya ditangkap pada kira-kira 11.30 malam tadi, Fathul Bahri berkata, beliau ketika itu sedang menyampaikan ceramah - berhubung topik Maulidur Rasul, akidah dan perpaduan umah - di Maahad Ittiba Sunnah, berhampiran dengan Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Gagal pohon tauliah di Selangor

Suasana menjadi kecoh seketika apabila sebahagian pelajarnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, tambahnya.

Selain Fathul Bahri, JHEAINS turut dilaporkan menahan tiga lagi lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun atas tuduhan bersubahat.

Dalam tangkapan semalam, Fathul Bahri dan kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk soal siasat.

Jika disabitkan bersalah, Fathul Bahri dan tiga lelaki tersebut boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Berita Penuh

Standard laaa.. UMNO!

Jarang-jarang la ada pemimpin UMNO yang dapat membezakan
antara kerajaan & parti politik..
antara media kerajaan & media parti politik..
antara harta kerajaan & harta parti politik..
antara duit kerajaan & duit politik..

Duit royalti yang sah milik rakyat Kelantan..
Disebabkan politik pada UMNO Kelantan ianya milik UMNO Kelantan!
Buktinya?

Sokong Najib bagi 'wang ehsan' sebab duit tu nanti tidak disalurkan terus ke Kerajaan Kelantan tapi kompom! lalu kat UMNO..
macam UMNO Terengganu buat masa Hj Hadi jadi MB dulu laa!
Bila Ganu UMNO dapat balik, dan-dan jadi Royalti balik!

La ni Kelantan pulak!
Silap-silap kalaulah ditakdirkan UMNO dapat Kelantan..
Kompom potong jarilah!
Wang Ehsan tu akan otomatik jadi Royalti!
Ntah undang-undang mana lak la nak kena 'cabul' lagi dengan UMNO ni..

Standard laaa.. UMNO!
sunsnake 01032010

ADUN Umno tarik balik sokongan
Abdul Rahim Sabri
Mac 1, 10
4:37pm
Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

berita penuh