Teman memang respect giler kat Tok Guru Pondok-pondok nih!
Punya la banyak bukti betapa teruknya UMNO neh!
Betapa jelasnya UMNO tolak hudud!
Betapa sakitnya.. busuknya hati UMNO pada Hukum Hudud Allah SWT!
Langsung terhijab dimata Tok Guru Pondok-pondok neh!
Tapi..
Teman sokong dia ni dengan cara dia cari publisiti!
Sehebat-hebat Harussani bodek UMNO pun,
tak sehebat brader ni wooo!!
Frontpage Utusan maaaa!!
Perghhhh!!! Ibrahim Ali pun susah nak dapat dok front page Utusan!
Zul Nordin pun payah..
Jamal Posmen Behrang? lagi jauhhhhh!!
Phuiiii!
budakbalun 13082012
KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: PAS TETAP MINTA MAJLIS FATWA BERSIDANG,
BUKAN KENYATAAN PERIBADI SEORANG DUA MUFTI.
Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan
membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang
membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum
Hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang
pelbagai persoalan lain, kerana bukan hanya DAP yang menolak hudud bahkan
secara jelas UMNO juga menolak hukum hudud, sebagaimana kenyataan yang dibuat
oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pada 24 September 2011 (rujuk
http://www.malaysiakini.com/news/176760).
Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi UMNO kerana menolak
hukum Allah.
Bahkan bagi PAS dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih
besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan
hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat
untuk melaksanakannya.
Media pro UMNO sering cuba menghinakan minda orang Melayu
berkait hubungan antara PAS dan DAP. Walhal hubungan UMNO-MCA adalah jauh lebih teruk –
dengan presidennya yang pernah terpalit dengan masalah moral, mempertikai hukum
bersalam lelaki perempuan bukan mahram, membuat komen buruk terhadap negara
Islam dan pernah menghina hukum hudud sebegitu rupa sehingga melabel ianya sebagai
penyebab negara mundur dan
menyaman kerajaan negeri Kelantan untuk membanteras judi.
Bahkan, MCA memberi amaran kepada rakan sebarisannya Umno
bahawa MCA akan menarik diri dari BN seandainya Umno berhasrat melaksanakan hukum
hudud. Amaran tersebut disertai dengan anggapan bahawa ADUN Kemelah yang
mencadangkan cadangan tersebut sebagai tidak berakal. Umno terus senyap,
sedangkan sebelumnya pelbagai kenyataan sokongan kepada cadangan tersebut
dikeluarkan.
Mengapa pula Umno tidak menarik diri daripada BN sebagaimana
Umno sering menyuruh PAS untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat?
Sebelum PAS membuat hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, Umno
sendiri, yang kononnya memperjuangkan Islam pernah membawa kes ke mahkamah untuk
halang Hudud di Kelantan.
Berlatar-belakangkan itu, bilamana Mufti Perak menyatakan
haram menyokong DAP kerana menolak hudud, maka rakyat mulai bertanya apakah pula
hukum memberi undi pada Umno? Jika logik dan pembaris yang sama digunakan, maka
tentulah juga haram dan berdosa.
Perdirian PAS dalam hal ini sungguh jelas bahawa sebagai
umat Islam, kita wajib menerima dan berusaha agar hukum Allah dapat ditegakkan,
kerana selagi ianya tidak tertegak, selama itulah umat Islam menanggung dosa.
PAS meminta Majlis Fatwa melihat kenyataan yang dikeluarkan
oleh Abdullah Sammah ini secara menyeluruh, bukan hanya setakat isu mengundi.
Ia termasuklah kenyataan beliau bahawa DAP adalah kafir harbi, manakala MCA, MIC
sebagai kafir zimmi.
Kerana mengkategorikan kafir harbi mempunyai implikasi yang
besar dari sudut syarak. Ia melibatkan pelbagai muamalah antara umat Islam
dengan golongan tersebut, termasuklah haram bermuamalah, berurus niaga, bahkan
boleh memerangi mereka. Ini perlukan penjelasan dan kenyataan segera dari
Majlis Fatwa, sebelum sesuatu yang buruk berlaku di atas kejahilan rakyat.
Apa yang mendukacitakan ialah kegagalan Harussani melihat
dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud. Penolakannya atas
alasan bercanggah dengan perlembagaan negara. Bukan atas faktor lain.
Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam.
Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi
hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai
fasiq, zalim dan kafir. Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori
mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman
dengan wahyu Allah.
Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang
menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang
mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah?
Tentulah hukum antara mereka gidak sama.
PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi
mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan
Malaysia itu. Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh
Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat
dalam pelbagai blog.
Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk
menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris
yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain.
Tiada yang pelik untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam
menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad
lamanya. Penolakan hukum hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN,
manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan semata-mata adalah untuk menyerang
PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.
DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka
sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi
maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk meregangkan lagi
hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.
Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini –
munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat