Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 21, 2012

Jasa ROS kepada Pakatan Rakyat?





Teman dah ulas banyak kali dah..
tak sangka ada pemimpin BN taraf menteri@bekas menteri still tak paham-paham!

Mana nak cari Melayu,Cina dan India sama-sama kibar bendera PAS?
Mana nak cari Melayu,Cina dan India sama-sama kibar bendera PKR?
Mana nak cari Melayu,Cina dan India sama-sama kibar bendera DAP?

Selain daripada dalam Pakatan Rakyat???

Boleh jumpa ke Melayu UMNO kibar bendera MIC?
Boleh jumpa ke Cina MCA kibar bendera UMNO?
India nak kibar bendera UMNO? wakakakak!!

Marilah joint Pakatan Rakyat Datuk!
Join Us to better Malaysia!
Jom Ubah!

p/s: Ada hikmahnya Pakatan Rakyat di'tangguh'kan pendaftarannya oleh ROS..

budakbalun 21062012

Kayveas: Rakyat sedia untuk politik bukan perkauman, BN masih belum

 KUALA LUMPUR, 21 Jun — Rakyat Malaysia sedia untuk menerima parti Barisan Nasional (BN) tunggal yang bukan berteraskan perkauman, namun ahli politik dalam BN mungkin menolak cadangan dan idea tersebut kerana khuatir akan kehilangan kuasa, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas.
Cadangan untuk sebuah parti tunggal itu sudah diutarakan sejak pilihan raya 2008, namun Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hanya mempersetujui keahlian terus yang menyerupai zaman Parti Perikatan.
“Ia sukar untuk berfungsi seperti ini. Kita tidak boleh arah anak-anak kita pergi ke sekolah dan bergaul dengan kaum lain sedangkan parti politik itu sendiri tidak melakukannya.
“Bila pergi ke AGM Umno, contohnya, mereka kata ‘hidup Melayu’, MCA dengan agenda Cina, dan MIC hanya berkenaan kuil dan sekolah Tamil,” kata Kayveas. - Minsider

Tuesday, June 19, 2012

Isu Nizar - UMNO Sedang Menggali Kubur Sendiri?


Teman secara peribadi melihat isu Nizar-Istana Johor ini adalah sesuatu yang sangat baik dan positif buat rakyat Malaysia..

Tiada apa cacat celanya twitter oleh DS Nizar dan respons daripada Istana Johor pun adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh majoriti rakyat! Apa lagi respons yang kita harapkan daripada Istana Johor?

Bagaimanapun sangat-sangat jelas, UMNO telah memainkan isu ini terlalu garing sehinggakan kini seolah-olah bakal hangus! (overcook).

Respons daripada DS Nizar adalah sangat-sangat 'humble' dan menyerlahkan sifat beliau yang sememangnya semua orang sedia maklum.. seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan low profile.
Ramai daripada sahabat-sahabat teman yang non-politiking memberi respon yang sangat baik terhadap isu ini dimana mereka secara jelasnya menghormati cetusan simpati DS Nizar kepada rakyat.
Dan mereke juga tidak menyalahkan Istana Johor secara 'direct' kerana sememangnya apa jua yang berkaitan dengan Istana ianya sangat-sangat sensitif!

Cumanya, peranan keterlaluan UMNO didalam isu ini sangat-sangat jelas bilamana media-media utama milik mereka(baca:UMNO) seolah-olah bagai nak gila memainkan isu ini siang dan malam!

Dan tindakan Istana seolah-olah bersetuju dengan permainan UMNO ini juga sememangnya memperkuatkan lagi kebencian rakyat kepada UMNO tanpa melibatkan pihak Istana Johor itu sendiri!

Teman yakin lagi lama UMNO memainkan isu Nizar-Istana Johor ini lagi teruk reputasi dan imej UMNO dimata rakyat! Eh? Bukankah imej UMNO sememangnya semakin hina di mata majoriti rakyat?


budakbalun 19062012


Nizar: Polis rampas telefon, komputer

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa polis merampas telefon bimbit dan juga komputernya dalam satu operasi mengejut yang dijalankan ke atas pejabatnya semalam.
"Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, ibu pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. Handphone (telefon bimbit) dan notebook diambil," katanya di Twitter.
Tindakan polis itu dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan ke atas Nizar berhubung kenyataannya mengenai nombor pendaftaran WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, tiga pejabat Nizar, masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor dalam operasi bermula jam 11.30 pagi.
Polis turut menyerbu kediamannya di Sungai Rokam, namun Nizar pada masa itu tiada di rumah, menurut laporan tersebut.

Friday, June 15, 2012

Nak Naik Haji Ke Nak Ngundi?


Sekali lagi UMNO cuba membodohkan majoriti rakayat Malaysia!
Menimbulkan isu Undi vs Haji ni.. untuk orang yang normal pemikirannya..
Pasti akan jelas melihat betapa sengalnya UMNO!

Teman sendiri berperang mulut dengan segolongan pencachai UMNO di facebook..
Antara tohmahan mereka..
"PAS jahil Hukum Kefardhuan Haji!"
"Rukun Islam ke 5 Fardhu Haji bukan Mengundi!"

macam-macam lagi laaaa..

Persoalan pokok disini ialah Tarikh Mengundi!
Jangan hilangkan persoalan pokok ini bila berhujah dengan pencachai yang tiada ilmu hanya emosi itu!

Bukankah semua persoalan akan terjawab jika Najib mengumumkan tarikh pembubaran parlimen?
Setel semua masalah!

Dan sekiranya Najib sengal jugak nak buat musim haji..
maka terserlahlah siapa yang tidak tahu hukum Kefardhuan haji!

Buat pencachai..
Sudah-sudahlah tu...
Jangan buat malu sendiri dengan kebodohan kamu..

Bodoh ini bukanlah suatu penyakit keturunan..
So, harap-harap pencachai yang ada tu tidak mewarisi kebodohan tersebut daripada mak dan ayah mereka!
wakakakakak!



budakbalun 15062012

Pas tidak patut timbul isu pilihan raya umum pada musim haji

KUALA LUMPUR 14 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas tidak sepatutnya menimbulkan isu pilihan raya umum diadakan pada musim haji kerana UMNO juga akan berhadapan situasi sama sekiranya ia benar-benar berlaku.
Kata beliau, kewajipan menunaikan haji adalah fardu ain yang mesti ditunaikan setiap orang Islam yang berkemampuan dan terpulang kepada mereka untuk mempertimbangkan sama ada membuat penangguhan atau tidak tanpa dipengaruhi sesiapa.
Tambahan pula, menurut Muhyiddin, tidak ada sesiapa pun yang tahu bilakah pilihan raya akan diadakan termasuk beliau sendiri.

Setuju ahli Pas tangguh haji

KOTA BHARU 14 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju supaya ahli Pas yang terlibat secara langsung sebagai jentera parti dalam pilihan raya umum, menangguhkan ibadah haji mereka.
Beliau berkata, tindakan tersebut tidak mendatangkan sebarang kesalahan kerana hukum menunaikan ibadah haji boleh dilonggarkan.
"Ibadah haji tak semestinya dibuat selalu dan sekiranya nama kita keluar untuk menunaikan haji ia boleh ditangguhkan.
"Saya juga hairan apabila nama telah keluar, sibuk untuk membuat haji sedangkan ia tidak menjadi masalah untuk ditangguhkan," katanya.

NGO cabar beri kuota haji kepada orang lain

KOTA BHARU 14 Jun - Pemimpin dan ahli Pas yang terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini dicabar supaya segera membatalkan pemergian dan memberikan kuota tersebut kepada orang lain, bagi menyahut seruan parti itu yang mahu mereka berbuat demikian semata-mata untuk menghadapi pilihan raya.
Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd. Zaidan Abdul Rahim (gambar) berkata, pemimpin dan ahli Pas terlibat perlu segera memaklumkan kepada Lembaga Tabung Haji bagi pembatalan tersebut untuk membolehkan ia diisi oleh bakal haji lain yang lebih memerlukan.

Perginya Jiwa Yang Tenang (Murabbi Abad Ini)




Ustaz Yahya: Murabbi tak pernah lelah mendidik


Langit petang ini seperti rawan berduka, awan mengarak berita yang memeritkan sukma seperti petir membelah langit. Segalanya seperti kebetulan mengapa beberapa hari ini saya merasa begitu teringatkan Ustaz Yahya Othman terutama janji untuk menyusun kertas kerja tarbiah yang puluhan atau ratusan yang ditulis almarhum. Petang menjelang jumaat yang berkat ini, saya  bersama Dr Supyan membelek foto-foto lama program MISNA yang diadakan pada tahun 1991. ”Wah, Ustaz Yahya masih muda bertenaga” kata saya teruja pada teman apabila melihat Ustaz Yahya yang kelihatan merenung para peserta program musim sejuk anjuran MISNA. Bersebelahnya ialah almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga kelihatan masih bertenaga. Berselang sejam lebih selepas itu, teman saya wartawan Harakah, Nazri menelepon dengan suara cemas “Ustaz Yahya telah dijemput untuk berkelana ke alam abadi”. Airmata terasa deras mengalir kerana tokoh murabbi PAS ini  sangat tidak asing dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS).  Anak muda aktivis gerakan Islam negara ini rasanya semua mengenali dengan dekat  sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis  oleh Ikhwanul Muslimin.

Beliau mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. Kertas kerja tarbiah Ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas. Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin  yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim thaghut Mesir. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di lapangan terbang. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mehdi Akif.

Ustaz Yahya mendapat pendidikan di Mekah, antara pelajar genius yang disayangi oleh guru-guru di Masjidil Haram, beliau menyambung pengajian di Iraq seterusnya di Universiti al Azhar sehingga  mendapat MA (Sarjana). Beliau sangat menyintai dunia pendidikan, sehingga jasanya ada di belakang penubuhan YPTIK, Maahad Tahfiz Pulai Condong, KIAS, Kolej An Nur, Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan bahkan negara ini. Akses beliau dengan Universiti al Azhar begitu sekali baik, ini adalah kerana latarbelakang pendidikan dan jaringan yang dimiliki oleh beliau ketika aktif di dalam gerakan belia Islam antarabangsa. Tidak pelik jika apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990, beliau diamanahkan sebagai exco Pendidikan negeri Kelantan. Beliau menjadi ADUN Banggol Judah dan pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh pada tahun 1978.

Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah, memesrai anak muda supaya menjadi amilin yang menyambung risalah perjuangan Islam. Dirinya adalah mercu keteladanan kepada kita kerana kata-katanya dibenarkan dengan tindakan dan amalan, beliau bergulat dengan perjuangan secara serius semenjak tahun 70an lagi. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai exco WAMY serta ahli majlis Syura ABIM saat ABIM adalah gerakan simbiosis kepada PAS dalam dekad 70an. Almarhum juga adalah tokoh ulama PAS Pusat yang juga begitu akrab dengan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz Yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Saat itu, kesan daripada percikan kebangkitan Islam, negara dahagakan sentuhan ulama-ulama haraki dan beliau sebaris namanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rusdi, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar dan nama-nama besar lain penggerak tarbawi. Tidak menjadi rahsia bahawa kesan daripada tarbiah beliau kepada ahli PAS terutama pemuda PAS di penghujung dekad 1970an dan awal 80an, akhirnya berlaku transformasi kepimpinan pada tahun 1982 yang dikenali sebagai kepimpinan ulama.

Almarhum bukan sahaja menjadi tenaga pengisi penting untuk program pelajar dan pemuda dalam negara tetapi juga sentiasa diundang ke luar negara termasuk di United kingdom dan US. Perawakan lembut tetapi tegas, hujjahnya sentiasa disepuh ayat-ayat Allah dan hadith Nabi SAW. Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dan meranum hijau dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah, ijtimak dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau. Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan.  Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu membuncah ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong. Almarhum juga di belakang penubuhan ILHAM dan juga menggerakkannya.

Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan almarhum, bahkan akan terus merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan ‘air tangan’ beliau. Saya semasa menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPWP dan Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP, Ustaz Yahya adalah pimpinan utama yang sentiasa diundang untuk menjadi pengisi program tarbiah pemuda khususnya. Beliau sangat serius dalam persoalan menepati masa, bicaranya tenang namun tegas. Bersimpuh di hadapan beliau semasa program seolah didera dalam penjara Guantanamo atau berada dalam sel regim Arab, bimbang diterpa soalan ‘cepu mas’ ustaz Yahya. Wajahnya sebening air yang membersit cahaya tetapi ketegasannya menggerunkan.

“Ayat apa tadi akhi? surah apa ana sebut tadi?” Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program tajnid. Tak berkutik, semua tunduk seolah tak mendengar soalan ustaz. Dia tak mengalah, terus mengasak peserta. Dada bergelombang turun naik, bimbang diterjah soalan daripada beliau.

“Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?” Tanya beliau dengan tegas, peserta  akan menunduk dan menikus  seperti tikus disimbah dengan air sirap bandung. Tak berkutik.

“Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?”  Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam di sebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin, sebahagiannya menikus seperti tikus mondok tersimbah ‘kopi janda’.  Saya juga, walaupun sebagai  panitia program, turut merasa  kecut perut seperti baru melintasi bilik mayat selepas jam tiga pagi atau melintasi jirat Cina yang baru menyimpan mayat gadis mati membunuh diri. Semua diam, tenang dalam ketakutan yang cukup payah diungkap dengan lukisan kata-kata. Hormat dan gerun, sekaligus merasa bersalah kerana tidak serius mencatat.

“Mengapa tak menulis dalam jawi?” Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, bibirnya kelat menelan air liur. Lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi.

“Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam,” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat. Di akhir program kami saling memeluk beliau, berpamitan dengan penuh ukhuwwah, ustaz sentiasa bermalam dengan peserta tamrin Pemuda, mengunyah apa sahaja yang dihidangkan bersama peserta tamrin tanpa omelan. Keakraban beliau dengan peserta bukanlah dibuat-buat, keintiman ini berakar daripada kecintaan beliau untuk membina dan mencetak jurudakwah muda.

Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan, meredah kawasan yang paling rahsia untuk mengelak pengintipan musuh atau ke pulau terbiar, Ustaz Yahya tidak pernah gagal untuk hadir. Biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin. Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Kelantan namun program tarbiah adalah keutamaan. Selepas melepaskan jawatan Eksekutif dalam kerajaan negeri, belia masih di papan carta utama program tarbiah termasuk penglibatannya dalam Lujnah Tarbiah Pusat dan murabbi tarbiah jamaah.

“Mula pukul berapa akhi program ni…” Tanya almarhum Ustaz Yahya pada saya dalam satu program pembinaan. Sebenarnya jauh di sudut hati ustaz tidak memerlukan jawapan, soalan itu adalah inzar kepada panitia yang gagal untuk mendisiplinkan peserta. Apa pun teguran yang diberi, saya dan kawan-kawan tidak pernah berkecil hati, malah hari ini ianya menjadi sebuah kerinduan yang sangat mendera perasaan, terakam indah dalam lipatan ingatan kolektif kita semua.

Dalam program Ijtimak Tarbawi yang berlangsung di Masjid Rusila dua tahun lepas, ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali sosok ini namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan. Kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh. Daya ingatannya memukau dan menyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun mendengar. Suaranya bergetar sayu sebelum berpamitan dengan peserta, matanya melihat dengan penuh bahagia kepada seluruh peserta Ijtimak Tarbawi.

“Jangan lupakan program tarbiah, jangan lupa baca Al Quran walau sesibuk mana pun kamu” ujarnya tegas, matanya berkaca menatap peserta. Dia seperti disihir untuk tidak meninggalkan majlis yang baginya menghimpunkan anak-anak didiknya dari seluruh negara. Usai beliau memberi pengisian, tubuhnya yang uzur masih melekat di kerusi khas di belakang pentas. Matanya memerhati dengan penuh teruja ke arah anak muda yang jumlahnya ribuan orang dan dia dengan tekun menangkap butiran yang disampaikan oleh penceramah-penceramah lain. Dalam keadaan uzur serta jauh lebih berilmu dan berpengalaman, beliau masih mendengar dan ditarbiah. Inilah watak keikhlasan sang murabbi yang sukar dicari ganti pada hari ini.

“Nama apa ustazah yang bercakap tu?” Tanya ustaz Yahya perlahan, cuba mengingat sesuatu. “Oohh, Dr Asiah Ali…Pengerusi tarbiah Muslimat” jawab saya. Ustaz tekun menangkap butiran yang keluar daripada mulut penceramah. Ustaz Asri Daud, sekali sekala melayan pertanyaan Ustaz Yahya, yang tergambar sangat bahagia pada hari itu. Sesekali dia membetulkan duduknya pada kerusi khas yang kami sediakan.

Sukarnya untuk melupakan jasa  Ustaz Yahya kepada peserta kebangkitan Islam, juga kepada kita semua di dalam harakatul ummah ini. Hari ini dan seterusnya kita akan merindui sang murabbi ini, suara lirihnya juga tatapan mata bahagia dalam program tarbiah. Nuansa sentiasa  untuk mengukuhkan jamaah yang kita cintai, kerana kita dan almarhum menjiwai setulusnya bahawa tarbiah adalah tunjang kekuatan perjuangan. Gagah dan konsistennya harakatul ummah pada hari ini ialah kerana tarbiah yang berterusan untuk para pendokongnya. Kita ahli-ahli PAS  tidak akan menjadi pahlawan kesiangan yang sarat dengan mimpi-mimpi indah untuk merengkuh Putrajaya namun mengambil mudah dan culas dengan program tarbiah.

Selamat  berehat buat sang Murabbi, demi Tuhan, kami adalah saksi mata bagaimana gigihnya dirimu membina dan mengisi dada kami. Bergerak menyambangi seluruh belahan negara ini untuk berdakwah dan membina para duat dan amilin. Kami berjanji untuk meneruskan jalan dakwah ini dan memastikan harakatul ummah ini terus berada di orbit perjuangan Islam walaupun kami tahu betapa rindunya kami pada sebuah kerusi kosong di medan tarbawi yang biasanya, menyandar tubuh kurus namun sarat dengan kata-kata inspiratif yang meluncur daripada sumur akalmu yang jernih. Alfatihah.

Penulis adalah Ketua Penerangan dan dakwah DPP Malaysia dan mantan Ketua Pemuda PAS WP.

Friday, June 8, 2012

PTPTN-Kronologi Kebodohan UMNO



budakbalun 08062012

Kubur buat UMNO-BN Semakin Sempurna!

 Beku PTPTN: Umno BN amal politik ‘zaman batu’

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan zalim, angkuh dan biadap kerajaan Pusat terhadap pelajar-pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya kerana disebabkan oleh perbezaan ideologi politik di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Hanya disebabkan ‘dendam politik’ maka Umno dan Barisan Nasional bertindak membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap ‘keseronokan’ Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas arahan untuk ‘membekukan’ pinjaman tersebut dan kenyataan dangkal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan bahawa pinjaman tersebut akan hanya disambung sekiranya PKR mengaku salah secara jelas menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional mempraktikkan budaya politik ‘zaman batu’ yang cukup jijik.

Hanya kerana dendam kesumat disebabkan perbezaan pandangan politik menyebabkan Umno dan Barisan Nasional hilang pertimbangan kewarasan selaku pemerintah sehingga sanggup untuk menzalimi rakyat sendiri.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengingatkan Umno dan Barisan Nasional bahawa sejarah telah menunjukkan para penzalim akan dibiarkan berleluasa dan berseronok dengan kezaliman yang mereka lakukan sebelum daripada mereka ‘dijatuhkan’ dengan secara hina oleh Allah Taala tanpa mereka sedari.

Dan insyaAllah hasil daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini, seluruh rakyat dan para mahasiswa pasti akan bangkit untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor di atas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa pihak Unisel akan menggunakan aset mereka untuk membantu menangani kesusahan yang menimpa pelajar-pelajar tersebut sebagai langkah jangka masa pendek.

Proses perbincangan dengan pihak kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah ini masih terus dijalankan.

Semoga keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan dapat meringankan beban pelajar-pelajar Unisel yang dizalimi oleh Umno dan Barisan Nasional.

Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluiddin yang turut tidak bersetuju dengan pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Umno dan Barisan Nasional supaya berubah kepada politik yang lebih matang dan berhemah serta meninggalkan budaya politik dendam dan fitnah kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada pembangunan masyarakat yang bertamadun.

Sudah tiba masanya untuk rakyat ‘menurunkan’ Umno dan barisan nasional daripada tampuk kekuasaan negara kerana mereka kini semakin dikuasai oleh nafsu serakah untuk terus memerintah kerana hendak menjaga kepentingan diri dan kroni semata-mata dan bukan lagi memberikan khidmat untuk keselesaan rakyat seluruhnya.

Rakyat perlu memberikan sokongan dan undian kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional selaku pemerintah negara bagi merealisasikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat sepertimana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Hasbullah ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. 


budakbalun 08062012

Thursday, June 7, 2012

Satu Selangor Akan Bergelap!






Teman harap sangat-sangat!
Teman rayu sangat-sangat!
Teman minta sangat-sangat!

Janganlah hendaknya PR janjikan Elektrik percuma!

Kelak... Pastinya TNB akan diarahkan agar hentikan bekalan Elektrik ke seluruh Selangor!

Humang aihhhh!! Busuk hati sungguh!

Mula-mula tu tak la nampak sangat busuk hatinye tindakan UMNO hentikan PTPTN kat Unisel nie..

Bila 'bakal' MB Selangor - Noh Omar kepala samseng ni buka mulut je..
naahhhh!!! bersembur kebusukan dan kehapakkan hati perut diaaa!!

Buat adik-adik.. anak-anak yang sedang berjihad menimba ilmu di menara gading..
Lihatlah betapa busuknya hati mereka!
Mari lakukan perubahan!

Buat rakyat Malaysia... jom ubah!
Tinggalkan politik mat samseng UMNO ini!


budakbalun 07062012

Noh: PTPTN sambung jika PKR akui salah

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini membayangkan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah.

Katanya, sekiranya PKR mengisytiharkan tidak mampu memberikan pendidikan percuma dan tidak membuat janji kosong, beliau yakin kerajaan persekutuan tidak kejam.-Mkini

Maha Benar kata Mukhriz Che Det ini...



Betul... Betul... betul!
Molek benor kata-kata Mukhriz nih!
PAS memang tak bleh diharap membela Melayu..

PemimpinPAS tak pandai ambik rasuah macam pemimpin UMNO!
Tak pandai kumpul kekayaan macam Pemimpin UMNO!
Tak pandai buat rumah besor macam Mukhriz!

Ada pemimpin PAS yang dah berpuluh tahun jadi Menteri Besor!
Rumah dok macam tu jugak..
Takde pulak pemimpin PAS tu buat banglo!
Takde pulak pemimpin PAS tu buat swimming pool dalam rumah!
takde pulak pemimpin PAS tu buat majlis tari-menari!

Apa punya koman la pemimpin PAS neh!

Tunjuk la bukti sikit yang korang tu membela melayu!

Bagi la duit 2-3 ratus sesekali kat orang melayu..
Agar tak la nampak sangat makan sorang!

Tengok pemimpin UMNO!
Sapu berjuta-juta!
Ada gak la peruntukan untuk rakyat 2-3 ratus..
Jadi laaaaa!!!



Woit anak Che Det!
Kami nak ganti UMNO sebagai parti memerintah Malaysia!
Bukan nak ganti UMNO dengan meneruskan kezaliman UMNO!
Phuiiii!!!



budakbalun 07062012

Buktikan mampu bela Melayu

PULAU PINANG 5 Jun - Pas harus membuktikan kemampuan membela nasib orang Melayu dan Islam terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk menggantikan UMNO di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara tersebut perlu dibuktikan segera memandangkan sehingga kini, ia kelihatan gagal.
"Jika Pas boleh membuktikan mereka mampu membela nasib orang Melayu di Pulau

 Pinang, baru mereka boleh menyasarkan niat sedemikian untuk menggantikan UMNO," katanya.-utusan

Siapalah PAS disisi UMNO....



Teman pun naik heran dengan UMNO neh!
Dan teman yakin jutaan rakyat Malaysia yang berakal pun hairan!

Sekejap..
UMNO kata PAS Parti Ajaran Sesat!
Siap buat wacana bagai di Terengganu..
Fathul Bari 'ulama' muda UMNO antara panelnya!

Sekejap lagi..
UMNO ajak PAS bersatu pulak!
Siap nak anjur 'muzakarah' bagai!
Ketua UMNO Cawangan kat Hulu Selangor ni pun bukan main kecoh!
Sembang kedai kopi pasal muzakarah nih!
Tapi bila tanya apa dia muzakarah..
Haram tak tau! Wakakakaka!

PAS kan sesat?
Apa makna UMNO nak ajak bersatu..
Demi orang Melayu?
aiiikkk?? Tak takut ke orang melayu jadi sesat?
ataupun dengan lain perkataan..
Tak takut ke orang melayu UMNO jadi sesat bila PAS dan UMNO bersatu?

wakakakakakak!!
Sudah-sudahlah isu perpaduan ni..
Salam UMNO untuk berpadu dengan PAS tu penuh dengan racun dan duri yang tersembunyi!

budakbalun 07062012

Ditolak oleh golongan ‘parasit’

SHAH ALAM 6 Jun - Beberapa pemimpin Pas, termasuk Ahli Parlimen parti itu kecewa kerana cadangan muzakarah dengan UMNO demi perpaduan Melayu tidak dapat dilaksanakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kekecewaan itu diluahkan sendiri oleh beberapa pemimpin Pas yang bertemunya secara peribadi.-Utusan

 

LHDN! Sila Henti Kutip Cukai di Selangor!


PTPTN ni pun asalnya modal daripada Kerajaan Malaysia...
Bukan daripada kantung UMNO negeri Johor ke.. UMNO negeri Selangor ke...
UMNO negeri Perak ke... UMNO negeri Pahang kee..
Mana-mana negerilah!

Tak sepatutnya Kerajaan Malaysia buat macam nie..

Ini busuk hati + dendam namanya...

Idea Pendidikan percuma ni diusulkan oleh Pakatan Rakyat sekiranya menguasai Putrajaya!
Sebab terlalu banyak konflik kewangan dan pengurusan jika dibuat oleh Kerajaan Negeri!

Kalau inilah prinsip menteri UMNO..
Mohon Lembaga Hasil Dalam Negeri tamatkan kutipan hasil daripada rakyat Negeri Selangor!
Amacam? Ada bran?

Apa pun..
Sepertimana posting teman sebelum ni..

Teman berdoa kepada Allah SWT..
Agar tindakan jahat UMNO ini akan menjadi kekuatan kepada pimpinan Kerajaan PR Selangor..
Untuk berusaha mencari jalan merealisasikan Pendidikan Percuma di Negeri Selangor..

Memang susah dan hampir-hampir kepada 'mustahil'!

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata....


budakbalun 07062012

Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

NONEPembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan. - mkini

Dah Bertahun Tak Sentuh Nozzle RON97!


Masa nak naikkan harga minyak petrol dan diesel..
Yang umumnya.. Pengerusi Saudagar Minyak..

Nak umum turun harga...
Barulah Menteri tunjuk muka!
wakakkaaak!!

Woi! RON97 ni berapa ramai yang guna?
Pi stesen Petronas... semua RON95..

Boss teman yang dulu maintain guna RON07 pun dah bertahun tak guna dahh!
Mahal katanya...
Inikan pulak teman yang guna kete Saga Lama neh!
Tak pernah langsung pegang Nozzle RON97 tuh!!

hmmmm...
Menipu terang-terang derrrr!!

ada bran?
Turun lah harga RON95!

wakakakaka!


budakbalun 07062012

'Harga petrol RON95 juga harus diturunkan...'

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai hari ini.

Beliau mengatakan bahawa penurunan harga runcit petrol berkenaan adalah disebabkan harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 setong. Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah harga minyak RON95 tidak diturunkan serentak dengan kejatuhan harga minyak mentah anatarabangsa.

RON97 merupakan bahan api yang ditentukan oleh “sistem apungan terurus”, iaitu  harganya akan turun naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa di mana kerajaan persekutuan tidak akan memberi sebarang bentuk subsidi dan pelepasan cukai kepada petrol ini.

Malahan, mulai 1 Ogos 2010, kerajaan persekutuan telah melarang kenderaan asing daripada membeli petrol RON95 kerana petrol ini diberi subsidi oleh kerajaan. Kenderaan asing hanya dibenar mengguna petrol RON97 yang lebih mahal.

Wednesday, June 6, 2012

Tiada PTPTN untuk UNISEL? Syukur!


Teman melihat tindakan PTPTN ni sangat-sangat berunsurkan politik dan dendam kesumat UMNO dalam isu  Hapuskan PTPTN.

Tapi Kerajaan PR Selangor seharusnya berjiwa besar!

Jadikan tindakan jahat UMNO ini sebagai batu asas kepada 'terpaksa' melaksanakan Pendidikan Percuma lebih awal daripada jangkaan.

Dengan beberapa penambahan dalam tatacara pemilihan peserta, InsyaAllah..
Mungkin Di UNISEL ini lah akan bermulanya sejarah pendidikan percuma negara!

Kerahkan segala tenaga dan ilmuwan Selangor yang ada untuk merealisasikannya!

p/s: teman cakap boleh leeee.... wakakakaka!


budakbalun 06062012

PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel

Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
NONETinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

Tuesday, June 5, 2012

Pulau Pinang Bakal Milik UMNO?

 Ini Ketua Pemuda MIC Penang! Opssss!!! Ketua Pemuda UMNO rupenyerrrr!! sorry!

 Pelik?
PRU13 di sebalik kekalahan BN di Penang adalah UMNO memiliki kerusi DUN paling banyak dalam BN!
So, ini adalah masa yang paling baik untuk UMNO menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dengan memilii lebih kerusi DUN jika menang di PRU13 ini!

Malangnya...
Walaupun tiada langsung kerusi DUN, Gerakan tetap dipilih sebagai pengerusi BN Penang!!
Aduhhh!!
Hidup melayu tengkorak dia!!!


budakbalun 05062012

BN Pulau Pinang palu 'genderang perang'

BN Pulau Pinang mula meningkatkan persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan memalu 'genderang perang' di seluruh bahagian dan cawangan di negeri itu.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow (bawah, berbaju putih) berkata, mereka akan menyebarkan maklumat berhubung program dan strategi mereka secepat mungkin.

NONE"Kami juga susun beberapa pendekatan dan kaedah untuk melakukannya.

"Kita akan memanfaatkan media (termasuk 'tentera siber') dan media arus perdana," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri.-mkini

SAH! PAS bayar peserta Himpunan Hijau!





"Kalau dah biasa makan taik, memang takkan percaya kek pisang tu manis! Kalau dah biasa bagi rasuah, memang takkan percaya dengan perkataan IKHLAS"-budakbalun


Aiseh! Bior benor wehh!
Apsal teman tak tauu!!

Dekat RM200 teman habis sepanjang perjalanan 1 hari 2 malam tu..
Dengan makan minumnya... dengan beli tshirt hijau 2-3 lai nye..
shopping kat Pekan Rabu nye..
Huluq2 kat tabung nye...
belanja teman-teman seperjalanannya...

takde pulak sesapa offer teman duit belanja!
adehhh!!
Mohon Che Det dan Muhyiddin kasi info skit siapa yang kasi duit belanja?
teman nak claim nehhh!!

wakakakaka!


budakbalun 05062012

Dr M: Himpunan besar PAS tak akan jadi undi

Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.
Beliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.-Mkini


Muhyiddin: Peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir.

Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.

PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun.

Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir. -mkini

Ceramah PR Bakal Tak Laku!

Tak faham teman..
Melalui ceramah lah rakyat marhaen dapat menilai..
Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata!

Tambahan pula di zaman 'keadilan' UMNO memberi ke'bebas'an media nih!

Sememangnya rakyat terbanyak sangat-sangat dahagakan maklumat yang seimbang!
Bukan semua yang mai layan ceramah PR tu sokong PR..

Tapi mereka nak dengar jugak informasi dari sebelah pihak!

Kalau pi layan ceramah UMNO, nak buat apa?

TV3,RTM, Utusan hari-hari dok cerita benda yang sama!

yang menyebabkan ada jugak yang mai ceramah UMNO pun selalunya sebab dapat makan free+ada duit poket!
Idak kaluuuuu.... ghuyupppp!

pemimpin-pemimpin UMNO-Bn kena terima hakikat..

kalau nak ceramah-ceramah PR tak ramai orang hanya satu jalan..
Bagi PR masuk media mainstream!

bagi PR slot di Tv3 dan RTM...
Mungkin selepas itu ceramah PR takde sapa nak dengar!

Sebab dah selalu dengar di TV!

amacam? ada bran?


budakbalun 05062012

Umno: Nilai pemimpin bukan lihat semangat berceramah


 
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat menilai kepimpinan negara berdasarkan keupayaan mengotakan janji dan bukan melihat semangat mereka ketika berceramah serta pada retorik semata-mata.

Beliau yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata penilaian terhadap pimpinan kerajaan seperti itu wajar memandangkan jika dapat mengotakan janji adalah jelas lebih baik dan memberi impak nyata kepada rakyat.-mkini