Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 7, 2012

Dah Bertahun Tak Sentuh Nozzle RON97!


Masa nak naikkan harga minyak petrol dan diesel..
Yang umumnya.. Pengerusi Saudagar Minyak..

Nak umum turun harga...
Barulah Menteri tunjuk muka!
wakakkaaak!!

Woi! RON97 ni berapa ramai yang guna?
Pi stesen Petronas... semua RON95..

Boss teman yang dulu maintain guna RON07 pun dah bertahun tak guna dahh!
Mahal katanya...
Inikan pulak teman yang guna kete Saga Lama neh!
Tak pernah langsung pegang Nozzle RON97 tuh!!

hmmmm...
Menipu terang-terang derrrr!!

ada bran?
Turun lah harga RON95!

wakakakaka!


budakbalun 07062012

'Harga petrol RON95 juga harus diturunkan...'

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai hari ini.

Beliau mengatakan bahawa penurunan harga runcit petrol berkenaan adalah disebabkan harga minyak mentah antarabangsa yang jatuh di bawah paras USD100 setong. Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah harga minyak RON95 tidak diturunkan serentak dengan kejatuhan harga minyak mentah anatarabangsa.

RON97 merupakan bahan api yang ditentukan oleh “sistem apungan terurus”, iaitu  harganya akan turun naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa di mana kerajaan persekutuan tidak akan memberi sebarang bentuk subsidi dan pelepasan cukai kepada petrol ini.

Malahan, mulai 1 Ogos 2010, kerajaan persekutuan telah melarang kenderaan asing daripada membeli petrol RON95 kerana petrol ini diberi subsidi oleh kerajaan. Kenderaan asing hanya dibenar mengguna petrol RON97 yang lebih mahal.

2 comments:

Daddy Ziyyad said...

Inilah tanda tanda PRU makin hampir Budak Balun...Hahahaha

Anonymous said...

Ye la kenderaan yg guna RON97 cuma 13% je kat Malaysia nih. Lagipun yg guna tu semua golongan elit. ni nak pancing undi golongan elit je supaya undi BN.
Satu lagi, bila minyakmurah takde la alasan YB nak ponteng dari kempen.

Minyak turun nape barang keperluan lain tak berani umum utk turun sbb masa minyak naik semua barang lain naik gak.
Sapa yg nak explain/ bagi reason