Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 15, 2012

Rakyat Rembat UMNO, UMNO Rembat Najib!

Heyyy Shark! Lu rembat Malek, wa rembat lu! wakakakaa!


Hadehhh!!
1 demi 1 'trnasformasi' ekonomi DS najib gagal..

nak satukan MAS-Air Asia... dah dekat-dekat nak kantoi..
nak buat SBPA... kantoi terusss!
Nakbuat gaji minimum.. entah apa cer dah la neh!

hmmmm..
Sama-sama la kita tunggu...

Daim dah sound dah...
silap-silap inilah sesi terakhir Najib sebagai PM..
Daim kata..
"Kalau tak dapat banyak kerusi, UMNO akan tendang Najib..."

hoi! bukan takat tu aja...
Rakyat akan tendang UMNO dulu sebelum sempat UMNO tendang Najib!

InsyaAllah.. jom kita buat kerja sedarkan rakyat!

budakbalun 15032012

Kesatuan pekerja MAS bertindak membawa isu MAS-AA ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Kesatuan dan pertubuhan yang mewakili pekerja Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang membawa usul melupuskan perjanjian usahasama antara MAS dengan Air Asia ke Parlimen ekoran perjumpaan dengan Perdana Menteri bulan lepas.

Tindakan tersebut akan mengetengahkan kepentingan politik yang tertera dalam perjanjian antara bekas pesaing, AirAsia dan MAS, di mana kesatuan mendakwa majoriti ahli kesatuan kini beralih kesetiaan kepada pihak pembangkang kerana ketidakpuas hatian terhadap perjanjian usahasama yang dimeterai.

Setiausaha Umum Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) Abdul Malek Ariff telah memberitahu The Malaysian Insider mereka akan menghantar memorandum sama yang telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak menentang pakatan MAS-AA kepada ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR).

“Langkah seterusnya adalah untuk bertemu YB-YB di Parlimen,” beliau berkata.

Abdul mendedahkan bahawa Najib, semasa perjumpaan selama sejam dengan kesatuan, telah menyatakan beliau bersimpati dengan keluhan ahli kesatuan, namun perdana menteri belum lagi memberikan kata pemutus.-MInsider

2 comments:

Gaya peneroka said...

kita tukar PRU 13 nanti

KiwiAddicted said...

Silap......patut jumpa rosmah bukan najib