Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 15, 2012

Peneroka 1Malaysia Bakal Kena Kencing!


hehehehe..
nasib koranglah peneroka oiii...
Tak setuju ke.. setuju ke...
Kerajaan 1malaysia tetap akan gadai tanah korang..

Masuk open market Bursa Saham der...
Tengok sejarah kelab Bola Man Utd pun dah boleh faham!
Apa yang akan berlaku.

modus operandi UMNOk nie senang je..
masuk felda... bagi ceramah 'penerangan' sikit..
guna perkataan pelik-pelik sikit..
blue form.. pink form..
dividen ke.. profit ke..
juta-juta RM...
boleh dapat puluh-puluh ribu!
takde risiko..
dan ayat paling best..
"PM jamin takkan berlaku kehilangan hak peneroka'!!

wakakakakaaka!!

nasib korang la peneroka oiiiii!!

budakbalun 15032012

Kerajaan mengugut untuk menyenaraikan Felda dengan atau tanpa peneroka

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Putrajaya akan meneruskan hasrat untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), dengan atau tanpa 51 peratus saham daripada FELDA Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda.

Sekumpulan lapan peneroka bulan lalu telah memenangi arahan mahkamah sementara bagi menghalang pemindahan saham mereka daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada FGVH, langkah penting terhadap penyenaraian firma perladangan tersebut.

Namun begitu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini berkata kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian tersebut sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi.

Menurut beliau penyenaraian tersebut akan diteruskan sama ada peneroka tersebut memenangi injunksi terhadap pemindahan saham apabila kes tersebut akan didengar di mahkmah 22 Mac ini.

“Sekiranya kami tidak mampu mengenepikan injunksi yang dibuat mereka, kami tetap akan meneruskan penyenaraian ini. Kami perlu mengambil kesempatan sementara harga CPO masih lagi tinggi.

“Ini adalah faktor utama kenapa kami mahukan penyenaraian itu dilakukan pada May, tapi sekarang ia mungkin akan dilakukan pada Jun. Tapi kami akan teruskan tanpa KPF,” kata Ahli Parlimen Pontian ini.-mInsider

0 comments: