Teman dulu pernah pakai kad kredit..
3 keping beb!
3 jenis bank..
gabung tiga tu ada la RM20K kredit limit!
Bukan main syok!
Shopping barang dapur guna kad kredit..
Beli perabot guna kad kredit..
Beli mesin senaman guna kad kredit..
Tukar tayar dan rim sukan guna kad kredit!
Service kereta guna kad kredit!
Tuang petrol ke kereta jangan cerita laaa!
Tunggu dok lagii?
Kesudahannya...
AKPK sudahhhh!
hehehehhe..
Alhamdulillah... dah makin setel hutang-piutang tu..
InsyaAllah... menjelang hujung tahun ni full settlement laaa hendaknya...
Kena banyak-banyak solat sunat Dhuha neh!
Untungnya jadi anak menteri..
untungnya jadi laki menteri..
Bukan RM20K kredit limit..
Entah berapa K la agaknya...
Ngeri tengok jumlah-jumlah yang disebutkan!
Masalahnya..
Macam mana nak bagi makcik pakcik felda dan kampung faham?
aduhhh!!
budakbalun 18012012
Keluarga Shahrizat perlu dedah penyata kad kredit
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya.
Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.
Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:
Tarikh | Memo | Credit |
22/1/2009 | Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh | RM 49,431.02 |
22/1/2009 | Maybankard Center – Izmir Salleh | RM 47,763.06 |
22/1/2009 | Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail | RM 6,910.34 |
JUMLAH | RM 104,104.42 |
Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:
NAMA | KAD KREDIT | JUMLAH SETAHUN (2009) |
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail | Maybank dan CIMB Bank | RM182,525 |
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh | Maybank dan CIMB Bank | RM160,673 |
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh | Maybank | RM127,900 |
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh | Maybank | RM122,402 |
JUMLAH | RM593,500 |
0 comments:
Post a Comment