Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, January 18, 2012

A.Samad Said - Musuh Baru Pencacai UMNO!


Dah heboh dalam facebook dan blog pencacai..
Dah mula beri gelaran Tok Janggut putih tak sedar diri pada susuk tua ini..
Dah mula menghina hasil karya beliau..
Dah mula mempersoalkan nilai-nilai sastera karya-karya beliau..

hmmm..
Masa Ambiga dulu sibuk persoalkan individu si Ambiga neh!
tak bincang langsung apa yang dibawa oleh BERSIH 2.0!

La ni..
Bila dipimpin oleh Pak Samad..
lain pulak ceritanya??
Mau habis segala background Pak Samad akan dikorek dan didomba semahu-mahunya lepas neh!
Tunggu aje laaaaa!!

apa-apa pun..
Jom BERSIH 3.0!!!

budakbalun 18012012

Pak Samad: Bukti tokoh rakyat pelopori p’raya bersih

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan pelantikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sebagai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 seperti yang diumumkan semalam.

Bagi DPPM, pelantikan A Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad tepat pada masanya memandangkan beliau merupakan seorang tokoh yang selalu ke depan bagi memperjuangkan isu-isu rakyat.

Malah, kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor, Pak Samad adalah antara tokoh negarawan yang berani dan bersuara lantang dalam memperjuangkan keadilan tanpa mempeduli tekanan dan ugutan yang dihadapi olehnya.

“Lebih membanggakan, Pak Samad tanpa gentar memimpin barisan hadapan dalam himpunan Bersih 2.0 pada bulan Julai 2011 yang lalu,” katanya kepada Harakahdaily.

Sebagai ikon masyarakat, tambahnya pelantikan Pak Samad sudah tentu akan membuka mata masyarakat bahawa perjuangan membersihkan sistem pilihanraya di negara ini bukan suatu perjuangan kecil dan sia-sia.-Harakahdaily

0 comments: