Anwar khianat bangsa!!! (fuhhh..nasib baik Anwar Takde kat sini.....)
Teman rasanya dah beratus kali kabo..Jangan sesekali ajak UMNO berdebat!
Kelak akan digelar pengkhianat negara!!
Pejuang melayu UMNO mana main debat-debat!
Wira bangsa melayu UMNO mana main hujah-hujah!
Serikandi 'melayu' UMNO macam Shahrizat..
Mana main mengaku-mengaku..
Jelas rembat RM250 juta duit rakyat,
sinsing lengan mengamuk depan pengampu-pengampu!
Jangan diusik hulubalang dan serikandi melayu UMNO!
Kelak PEKIDA dan PERKASA berdemo depan rumah!
Jangan diajak berdebat golongan bangsawan UMNO!
Kelak akan dihantar si Kitul dan mendeliar membuat durjana!
Jangan dipelawa pahlawan melayu UMNO bersanggar bicara..
Nanti akan digelar pengkhianat agama,bangsa dan negara!
Najib? Debat? Umum?
Wakakakaka!!!
Wakakakakaka!
budakbalun 08122011
Usaha temukan Najib-Anwar di pentas forum 15 Dis
Sekumpulan mahasiswa hari ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berforum dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh telah menyatakan kesediaannya kepada pihak penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - untuk menyertai forum tersebut.
Forum anjuran SMM itu, bertajuk "Merencana Masa Depan Negara" antaranya untuk mendapat penjelasan berhubung "keseriusan pimpinan kerajaan dan pembangkang mengenai kebebasan akademik" di negara ini.
Sehubungan itu, mereka berharap Najib dapat memenuhi undangan tersebut untuk menyemarakkan lagi "usaha membina negara yang lebih cemerlang seiring dengan dasar transformasi kerajaan".
"Kita nak tengok pandangan kerajaan dan pembangkang terhadap keseriusan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan mahasiswa.
"Kita juga mahu melihat bagaimana kebebasan dapat membentuk suasana pelajar dan mahasiswa supaya (menjadi) lebih baik," kata pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab.
Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad Syukri berkata forum tersebut dijadual berlangsung pada 15 Disember ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8 malam. - Mkini
0 comments:
Post a Comment