Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 29, 2011

Kerajaan Negeri Kedah Perlu Bijak Kali Ini!


Nasihat teman..
Hati-hati dan wasapada...
Takde isu pun UMNO boleh buat isu..
Takde bukti pun UMNO boleh jaja isu..
Takde sperma pun UMNO boleh buat sperma!

Inikan pula bila ada bulu tangkis atas net!
Inikan pula bila ada bolatakraw naik sedap untuk dilipat!
Lagi macam Lee Chong Wei la depa smash!
Lagi macam Zabidi Sharif la depa gulung!

Moga Ustaz Azizan berhikmah dalam isu ini..
Jangan untung secupak rugi segantang!

budakbalun 29122011

Lupakan agenda politik, selamatkan madrasah

ALOR SETAR 28 Dis. - Semua pihak perlu melupakan agenda politik dan bersatu hati dalam menyelesaikan isu yang membabitkan Madrasah Salihiah di Kanchut di sini.

Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, perkara utama yang perlu dititikberatkan kini adalah bagaimana mahu menyelamatkan madrasah itu daripada dirobohkan.

"Kini yang penting adalah agenda ummah dan kita perlu meneutralkan pemikiran serta mempertahankan madrasah ini. Oleh itu, saya minta, Pemuda Pas lupakan soal politik dan tidak perlu membuat laporan polis mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd. Azam Awang yang membuat laporan polis hari ini untuk menghalang perhimpunan yang akan diadakan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) pada Sabtu ini.-Melayau

0 comments: