Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 29, 2011

Dimanakah Jamil Khir?


Hok aloh..

Ini aje jawapan yang mampu Majlis Agama Islam Wilayah bagi?
'Berbaur politik"?

Abis? Tuduhan liwat Anwar tak berbaur politik?
Abis? Tuduhan Mat Sabu Komunis tak berbaur politik!

Woi!
Ni melibatkan duit zakat!
Asnaf zakat secara Muhkamat jelas Allah SWT terangkan dalam Al-Quran!
Adakah Kes Jamil Khir ini tergolong dalam asnaf?
itu aje soalannya?

Abis tu..
Yang bagus-bagus macam BR1M tu tak berbaur politik?
Bantuan RM100 untuk anak-anak sekolah tak berbaur politik?

Aduyaiii..
Dah terang lagi bersuluh pun masih kabur tak nampak puak-puak nih!
Ingat mati la woiiii..
Takkan nak menongkat langit!

Macam mana la nak bagi faham makcik pakcik Felda neh!
budakbalun 29122011

Dakwaan guna wang zakat berbaur politik - Jawi

29/12/2011 8:25pm

PUTRAJAYA 29 Dis. - Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali menyifatkan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain, sebagai berbaur politik.

Che Mat, yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, kes seperti itu sepatutnya tidak timbul kerana pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan.

"Oleh demikian, ada sesetengah individu yang nak sebut kita menyeleweng duit dan sebagainya, adalah tidak betul sama sekali demi mempertahankan kesucian umat Islam dan kredibiliti MAIWP sebagai satu-satunya badan berkuasa agama di Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini. - BERNAMA

0 comments: