Thursday, October 20, 2011
Turun Demo esok! Himpun boleh Blah!
Haaa..
Kalau nak tau beza 2 aktiviti ni..
Ni lah dia..
Satu Demo untuk keadilan buat Aziz Bari..
Satu lagi Himpun untuk tunjuk handal oleh UMNO..
Demo esok untuk bagitau UIA yang jangan jadi cirit-birit UMNO..
Yang satu lagi UMNO nak tunjuk juara dalam isu murtad walhal dialah perosak akidah nombor wahid!
So, kepada kawan-kawan semua..
Jangan lupa hadirkan diri esok!
Tambahan yang duk sekitar Gombak dan student yang tak perlu sambung kerja lepas solat Jumaat!
Kalau student pun tak berani turun, baik buang aje degree yang korang dapat sok!
wakakakak!
budakbalun 20102011
Mobilisasi besar untuk demo sokong Aziz Bari esok
Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".
"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.
"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri (kiri).
Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus di Gombak selepas solat Jumaat.-Mkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment