Berfikir...
Itulah fikrah manusia..
Sejak lahir sampai lah mati..
Manusia akan sentiasa berfikir...
Anak teman..
Dah umur 8 bulan..
Makin hari makin cerdik dan pandai..
hasil dia sentiasa berfikir... dan berani mencuba..
Berjendul gak dahi terhantuk dengan meja.. dengan kerusi..
teman biorkan.. jangan teruk sangat udah!
Apa hak teman untuk halang dia berfikir dan mencuba..
Itu budak kecik..
itu bayi..
Ini Profesor! Ini Doktor!
yang ada tesis sendiri.. yang sangat memahami bidangnya!
Manakan mungkin manusia sebijak ini mahu menipu dalam percakapan?
Tambahan pula dia bercakap dalam bidang kepakarannya?
Buat Aziz Bari..
Teruskan bercakap perihal bidang kepakaranmu..
Juak-juak..
Cirit-birit UMNO ini memang senantiasa meleleh-leleh busuk lagi membusukkan..
Biarlah sebersihnya mana ucapanmu..
tetap akan dipaksa kotor oleh mereka!
buat rakyat Malaysia..
masih mahukah kalian menyokong cirit-birit UMNO ini?
budakbalun 20102011
UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari
Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.
Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.
Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.
Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).
Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu. - mkini
0 comments:
Post a Comment