Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 4, 2011

Keluar Mulut Rimau Masuk Mulut Boye!


Hmmm..
Apa lagi nak kata..
teringat komen ahli keluarga mangsa ISA yang masih dok dalam..
Bila Najib umum nak mansuhkan ISA hari tu..
Ahli keluarga ni komen syukur kerana tahanan ISA akan di dakwa di Mahkamah..

Wakakakkakaa!!
Silap-silap lepas ni sambung kena tahan bawah akta yang baru tu pulak!
Hahahaha..

teman jangka yang akan bertukar hanya nama ISA tu..
Yang lain-lain 99.9% sama kot??
kalau itulah dia.. hmmm...
1Malaysia hancinggg!! seperti biasa laaa!
Apa ada hal.. pencacai memang suka hancing!!

budakbalun 04102011

ISA belum boleh dimansuhkan lagi


Dua undang-undang baharu yang dicadangkan untuk keselamatan negara perlu berkuatkuasa terlebih dahulu sebelum Akta Keselamatan Dalam Ngeri (ISA) boleh dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan mahu mempastikan kedua-dua akta berkenaan siap sebelum ISA dimansuhkan.

Mohamed Nazri menegaskan tidak boleh ada ruang di antara mengenakan undang-undang baharu itu dengan memansuhkan ISA supaya tidak berlaku sebarang kerumitan termasuk perlunya membebaskan tahanan ISA.

Beliau memberitahu ini kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. -Mkini

0 comments: