Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 12, 2011

Ini Bukti UMNO Pembela Kebajikan Rakyat! Hebat!

berani tak minta 2 orang kat atas ni tolong jaga anak dara untuk 1 malam? hahahahah!


Haaa..
Kepada yang selalu dok kutuk-kutuk UMNO tu..
Haa.. fahami isu ini betul-betul..
Dah berapa kali UMNO menjadi wira sebenar membela rakyat!

Dulu nak laksanakan GST..
UMNO jadi hero tangguhkan perlaksanaannya atas nama kebajikan rakyat!
Ni nak naikkan cukai prabayar pulak!
Sekali lagi UMNO berjaya menghalang perlaksanaan..
hebat!!

Inilah bukti UMNO benar-benar ikhlas membela rakyat!!

tengok power tak power Rais Yatim..
Sejam je meeting.. setel! perghhh!!

errrr... by the way..
siapa punya idea nak buat semua2 nih??
bukan UMNO jugak??

woooo!! sendiri bakar hutan.. sendiri padam laaa..
lepas tu sendiri claim jadi hero laaaaa!!

adehhhh!!!

kalau makcik pakcik felda tak nampak lagi tak tau laaaa..
budakbalun 12092011

Telco setuju tangguh kutipan cukai prabayar


Semua empat pengendali utama telekomunikasi (telco) di negara ini bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). rais yatim"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini. "Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim selepas bermesyuarat kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu. - mkini

0 comments: