Malam ni gerakkk!!
Esok jumpa kat KL..
Tapi..
Tak tahu laaa..
jumpa dalam black maria @ lokap Dang Wangi!!
Wakakakaka!!
Hoi!
Ingat Kita Takut?
Jangan Mengarut!
Kita Tunjukkan!
RAKYAT KE DEPAN!!
budakbalun 08072011
Pemuda PAS Dakwa 10,000 Pengundi Hantu Di Selangor
Wednesday, 06 July 2011 | Ruangan: BeritaSHAH ALAM 6 JULAI : Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka di daftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian.
“Melalui semakan oleh para petugas kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini.
“Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini di hantar ke DUN atau parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN,” katanya.
Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0 tuntutan Bersih untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil.
Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini.
Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil tindakan undang-undang.
“Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu,” katanya.
-Free Malaysia Today-
1 comments:
Yang lagi satu tu Mat Indon yang pegang MYKAD dan mengundi. Demi menjaga SURVIVAL umNGOK.
-wakleman
Post a Comment