Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0 - Apabila Ayah Jadi Pandy Kutty!


Disebuah meja makan suatu tengahari disebuah rumah...

Ayah : Anak-anak semua boleh makan nasi dan lauk tapi tak boleh sentuh nasi, tak boleh sentuh lauk.. itu sahaja

Anak-anak : tapi kami nak makan ayah?

Ayah : ye laa.. makan la.. siapa melarang?? tapi jangan sentuh nasi dan lauk aje...

Anak-anak : Kenapa ayah tak bagi kami makan nasi dan lauk?

Ayah : Mana ada aku tak bagi korang makan?? Makan lah... cumanya jangan sentuh nasi dan lauk aje??

Anak-anak : Mana ADIL macam ni ayah.. ni zalim neh?

Ayah : Korang semua pengkhianat!!! Tak suka dengan keamanan rumahtangga yang kita ada selama ni!! Korang semua ni tak tahu bersyukur!!! Sepatutnya korang kena berterima kasih pada aku!!!(baca- Kerajaan malaysia)!!!

Anak-anak : ????? (terus sarung tshirt kuning!)

budakbalun 08072011

Polis: BERSIH tidak penuhi kriteria untuk permit

Pihak polis mahu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu ini, tetapi mengakui pertubuhan itu tidak layak berbuat demikian.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini mengadakan sidang akhbar bagi menasihatkan BERSIH 2.0 supaya memohon permit. "Setakat ini, tiada permohonan bagi mengadakan perhimpunan di stadium,” kata Khalid pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, petang ini.-mkini

0 comments: