Wednesday, June 8, 2011
Bukti DS Najib Amanah & Jujur!
Hari tu adik teman kahwin..
Gewe Kelate tuh! Bukan main jauh!
Mari dari Pasir Mas! Bukan alang-alang jodohnya..
Alhamdulillah..
Selaku abang yang sulung.. Kewajipan teman lah untuk sama-sama dengan family teman..
berombongan ke sana.. menghantar pengantin lelaki..
Awalnya teman tak jadi nak pergi..
Maklumlah.. ekonomi tengah meleset..
OT pun takde dah dua bulan!
Perodua tengah slow skit 2-3 menjak nih!
Maka dengan berat hati..
Teman terpaksa melelong basikal Mountain kesayangan teman di Mudah.com
Nak buat macam mana..
Nak buat belanja ke kelantan..
Alahhh.. Basikal tu dapat bonus nanti belilah lain!
teman merawat kedukaan hati teman..
terpaksa berpisah dengan basikal yang banyak berjasa memulihkan sedikit metabolisma dan mengurangkan lemak yang berselirat di seluruh badan terutama perut ni ha!
Tetiba si Najib Perdana Menteriku ni pulak buat hal!
Nak setel hal anak dia kawin.. sanggup guna budget negara?
Adehhh!!
Low Class punya Perdana menteri! Punya Presiden UMNO!
Sesusah-susah teman..
Sanggup gadai basikal nak bawak adik teman kawin..
Tapi kena kat mamat monggol ni..
hishhh!
Duhai Najib
Kalau susah sangat.. teman sanggup gadai rumah lah untuk tengok anak kamu kawin!
Tapi jangan buat macam ni.. malu wehhh!!
adehhhh!!
budakbalun 08062011
MP: Salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak
Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad. "Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi. "Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan. "Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya. Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam. Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.
-Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
dah tak dak duit....bagi p la pakai.hehe
Itulah susahnya menjadi pemimpin.Sanggupkah pemimpin yang ada sekarang tak kira dalam PAS, UMNO atau PKR hidup seperti pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu?????Cina jangan ikut.Maharajanya dulu gundik pun beribu-ribu.Itu pemimpin haramjadah namanya.Contoh yang terbaik ialah UMAR ABDUL AZIZ spt yang nak diikut oleh LIM GUAN ENG (Betul tak betul masih dalam ujian/permerhatian).Kalau dia lulus memang hebat.Ikutilah contoh pemimpin yang terbaik.Bukan jadi pemimpin yg menyusahkan rakyat dan pentingkan diri sendiri.Hal-hal keluarga...gunalah duit sendiri.Janganlah kata " SAMBIL MENYELAM, SAMBIL MINUM AIR." Malulah sikit kat kami yang miskin ni....
Lu keje Perodua ke bro? Mintak tolong carikan jodoh adik gua si Ismen Section Body Repair tu! he he!
Post a Comment