Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 6, 2011

Menteri "Mubarak" Malaysia bagi Amaran kepada rakyat?


Kami Sahut Perjuangan Ini!!



Duhai Menteriku...
Kami sudah memikirkan serasionalnya..
Kami sudah memikirkan sepositifnya..
Dan kami sudah melakukan usaha yang terbaik!

Bagi mendapatkan hak dan tanggungjawab kami..
Dalam usaha kami untuk mendapatkan keadilan didalam pilihanraya Malaysia..
Namun disitulah seringkali kami dihidangkan..
dengan kemunafikan SPR..
Dengan kebejatan JPN..
Dengan kekeliruan kementerian...
Dengan penipuan daftar pemilih..
Dengan kesusahan undang-undang untuk mengadu akan kesilapan dan kesengajaan

Beribu bantahan telah dikemukakan kepada SPR..
Hinggakan tahap memorandum kepada Suhakam dan sebagainya..
Malahan Menteri KDN sendiri pernah menerima memorandum kami..
Adakah kamu semua telah memberikan pertolongan?
Adakah kamu semua sanggup menghilangkan penipuan dan pembohongan?
Mana mungkin kamu menerima aduan kami..
kerana aduan kami ini akan menghilangkan kuasa kamu yang masih bersisa!

Kerana itulah..
kami mengambil keputusan..
Untuk menuntut akan hak-hak kami sebagai rakyat!
untuk membuat pemilihan dan pengundian seadil-adilnya!
untuk mendapat pengadilan dan kebertanggungjawab...
Untuk menghapuskan kebobrokan dan penipuan demokrasi!

Oleh itu...
Kami akan meninggalkan anak bini kami..
kami akan meninggalkan emah ayah kami..
kami akan tinggalkan rumah-rumah kami!

untuk bersama berjuta rakyat marhaen!
Untuk turun memenuhi setiap inci ruang Kuala Lumpur..
Bagi menyatakan kehendak kami..
bagi membuktikan kesungguhan kami..
Bagi melaksanakan jihad kami...
menentang pemimpin yang zalim!

Hanya Allah dan Rasul ikutan kami..
Hanya kepada Allah kami takut dan kami ikut!
Bukan kepada kamu menteri yang berselindung di sebalik kuasa..
Bukan kepada topi merah yang hanya berkuasa di balik perisai dan senapang canister!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
budakbalun 06062011

Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH

Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa. Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk. "Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). - malaysiakini

2 comments:

blogenstarz said...

Apa sekali pun jangan marahkan mereka yang menjalankan tugas.

Mereka pun manusia sama seperti kita juga.
Mereka pasti akan menjalankan tugas bilamana bertugas memakai serban dan memegang cota,senapang,pancutan air,naik kuda waimah sekali pun dibawah kerajaan pakatan - tanggung jawab tetap dilaksanakan !



## pergi Sg.Dara kenduri kawin !

budakbalun said...

blogenz..
belum cuba belum tauuu...

cer bagi kami memerintah dulu Malaysia nih..

kamu ni dari dulu selalu berprasangka!

wakakaka!