OK lah tu kot??
Kalau SPR kata BERSIH alat Pakatan Rakyat..
SPR Alat Siapa?
Kalau kita SPR alat UMNO amacam?
Cukup-cukuplah membodohkan makcik pakcik Felda..
Turun 9 Julai!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membidas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dan mendakwa perhimpunan anjurannya pada 9 Julai ini bertujuan membina momentum Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
NONEMenurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, ini kerana pada perhimpunan pertama BERSIH pada 2007, ia berjaya menyebabkan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.
“Terdapat demonstrasi (pada 2007) dan hasilnya, momentum dibina dan pada pilihan raya 2008 (pembangkang) menang besar... sekarang spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dan sejarah akan berulang.
“(Mereka fikir) jika kita adakan BERSIH 2.0 dengan lebih ramai penyokong, momentum akan berterusan dan kemungkinan akan dapat menang Putrajaya,” katanya pada forum bertema “Tuntutan Bersih, apa penjelasan SPR” hari ini.-mkini