Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 24, 2011

Satu Lagi Kegagalan Kerajaan PR Selangor?

Jangan Tak caye! Yang badan besor baju belang kuning ni la YB Iskandar Samad!

Haaaa..
Pada yang selalu duk kutuk Kerajaan PR Selangor especially UMNO dan sekutunya..
Meh baca Kenyataan Akhbar Exco YB Iskandar Samad neh!

Lapangkan hati anda ye?

budakbalun 24062011

Kenyataan Akhbar Exco Kerajaan Negeri Selangor

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini (rabu 22jun) telah meluluskan RM 7.7 juta untuk Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan.

Jumlah ini adalah tambahan kepada RM 2 juta yang telah diperuntukkan di dalam Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, jumlah yang diperuntukkan adalah RM 9.7 juta.

Skim ini adalah bagi membantu pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah membaikpulih kediaman mereka.

Pemilik-pemilik pangapuri telah ditawarkan untuk menyertai skim ini di mana Kerajaan Negeri akan membaikpulih pangsapuri mereka melalui kaedah perkongsian 80:20. Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus.

Tawaran telah diberikan kepada pemilik-pemilik melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB), dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC).

Sebanyak 62 kawasan pemajuan telah ditawarkan untuk menyertai skim ini dan setakat ini 19 pemajuan telah dipilih berdasarkan peruntukan asal sebanyak RM 2 juta.

Dengan tambahan sebanyak RM 7.7 juta lebih banyak pemajuan akan dapat dibaikpulih.

Adalah dianggarkan dengan peruntukan tambahan ini sekurang-kurangnya 70 pemajuan akan dibaikpulih.

Walau bagaimanapun JMB dan MC mestilah bersetuju kepada syarat syarat berikut untuk menyertai skim ini,

1. Hanya satu pembaikan bagi satu pemajuan.

2. JMB / MC / Persatuan Penduduk telah berdaftar.

3. Rekod kewangan yang memuaskan selama 6 bulan terdahulu.

4. Membayar 10%pendahuluan terlebih dahulu.

5. Pemajuan yang terpilih perlu menandatangani akujanji bagi membayar baki 10% dalam

Selain dari itu hanya kerja-kerja baikpulih yang kritikal seperti di bawah akan diutamakan :

1. Lif

2. Bumbung

3. Tangki air

4. Sistem pembentungan


Iskandar bin Abdul Samad

Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor

23 Jun 2011

0 comments: