Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 26, 2011

Oh TPM ku.. Memanglah Sebab Politik!


Wehhh!!
Aduyai la bapak si artis Najwa Muhyiddin neh!
takkan tak faham-faham kot?

Memang lah BERSIH 2.0 ni bermotifkan politik!
So? Apa masalahnya?
BERSIH ni tuntut pilihanraya yang bersih..
yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR..

Yang bertanding di pilihanraya oleh SPR ni semua parti politik!
So? apa masalahnya?

Bukan PERKASA,
Bukan Yayasan Amal,
Bukan AMAN MALAYSIA,
Bukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Bukan Persatuan Pembela-pembela babi Malaysia
Bukan mereka-mereka yang diatas ni bertanding...

Yang bertanding dalam pilihanraya kelolaan SPR sah-sah parti politik!
BN,PAS,PKR,DAP,PBS dan banyak lagi..
Itu semua parti politik!

Bila sebut SPR.. dia bukan dilanggani oleh Kerajaan Malaysia!
Sewaktu SPR bertugas menjalankan Pilihanraya Umum Malaysia..
Kerajaan Malaysia takde.. sebab Parlimen dah dibubarkan..
Adehhh!!

Inilah masalahnya sebab dah terbiasa..
Buat SPR macam komponen BN..
Buat Polis macam UMNO punya..

sampai dah sembab tak nampak beza antara parti politik dan kerajaan..

hmmm.. memang sah WAJIB tukar Kerajaan Malaysia ni..
kasi Parti politik lain pulak jadi Kerajaan!
waakakakak!!

KOMPOM TURUN 9 JULAI wehhh!!

budakbalun26062011

Muhyiddin: Himpunan Bersih tak relevan, motifkan politik

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bermotifkan politik dan akan memberi ancaman kepada keselamatan negara serta reputasi negara.

Polis sebelum ini menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada tiga perhimpunan selain akan memanggil penganjur minggu depan.

“Kami sudah buat keputusan dan kami merasakan perhimpunan ini menyalahi undang-undang dan akan memberi mesej yang bercanggah bahawa cadangan mereka seperti mahu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melaksanakan tuntutan mereka, ada proses dan prosedur untuk melakukannya. - malaysianinsider

4 comments:

Anonymous said...

Saudara-saudaraku ,
Bersatulah dan turun beramai-ramai bagi menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9July ini . Sesungguhnya tujuan murni perhimpuan ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia , kaedah-kaedah supaya pilihanraya oleh SPR dijalankan dengan adil dimasa depan walaupun pembangkang telah menang 5 Negeri dan pemilihan PKR dicemari balingan kerusi dan muktamar PAS mengambil masa 2 hari untuk mengumumkan pemenang.
saudara-saudaraku,
Marilah kita menjayakan Bersih 2.0 dan ikutlah dengan penuh taat dan setia kepada penganjur Bersih walaupun mendapat tentangan dari segenap penjuru . Jika kita patuh kepada penganjur Innsya AallaH(tuhan agama katolik) akan membantu . Taat dan patuhlah kepada barisan penganjur yang ketuanya Ambiga Sreenevasan. Beliau telah menunjukkan semangat yang jitu terutama dalam kes Lina Joy serta dalam isu/kempen penggunaan perkataan ALLAH oleh Katolik. Jika kita berjaya pada 9July INNsya AallaH(tuhan katolik lagi..)kita akan menjayakan kempen KAUM/BANGSA Malaysia pula .
Ingat Saudara-saudaraku,
Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA ini telah dimulakan oleh Hanna Yeoh . JIka Bersih berjaya maka kempen seterusnya akan turut diketuai juga oleh Ambiga Sreenevasan sebagaimana forum "Memeluk ISlam " yang ditentang oleh PAS .Marilah kita jadikan isu ini sebagai krisis perlembagaan yang terbaru . Jika kita berjaya dan kerajaan tunduk kepada KEMPEN KAUM/BANGSA MALAYSIA ini maka dengan mudah anak-anak dari bangsa Melayu untuk mendaftar sebagai agama lain selain dari ISLAM. Maka kita akan berjaya merobohkan halangan perlembagaan yang mensyaratkan bangsa Melayu mesti beragama Islam. Dengan itu Murtad bukan lagi satu isu di Malaysia .
Saudara-saudaraku ,
Percaya dan yakinilah bahawa dalam kes Lina Joy dan kalimah ALLAH , Ambiga Sreenevasan telah berjaya menyatukan penganut Kristian melangkaui batas kaum. Kristian Malaysia hari ini adalah SOLID . Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA samada berjaya atau tidak ,percayalah Ambiga Sreenevasan akan dapat menyatukan HINDU,BUDDHA dan KRISTIAN dalam perpaduan yang erat . Bukankan ini yang amat diidamkan oleh pemimpin-pemimpin DAP . Percayalah jika Bersih 2.0 berjaya maka tiada siapa yang mampu menghalang Kempen KAUM/BANGSA MALAYSIA baik PAS mahupun PKR . Innsya AallaH negara Malaysia ini adakan jadi milik kita .
Saudara saudaraku
Ayuh kita berdiri teguh dibelakang AMBIGA Sreenevasan. Penghulu kita dalam Bersih.Imam kita dalam Bersih. Ke PutraJaya.

Anonymous said...

TAK PAYAH LAH NAK DAKYAH PANJANG-PANJANG WAHAI ANONYMOUS 10:30 PM...engkau sorang je lah yang berotak demikian..kami dah tak larat nak duduk bawah ketiak umno/bn..KEPADA SEMUA MARI KITA PENUHKAN DATARAN MERDEKA PADA 9.7.2011 INI....PEDULIKAN PENCACAI UMNO.

budakbalun said...

kesian Anon 10:30pm..
taip punya panjang..
takde sapa nak layan!
wakakaka!!

woit! copy paste dari utusan ke? hahaha!

Anonymous said...

rakyat bukan buta mata dan hati....rakyat dah celik.....bab 2 lina joy pun nak masuk....??????tak payah . Masa Pak lah jadi PM apa dia buat.....dia sebagai PM ada kuasa, alim ulamak milik kerajaan buta hati....lepas tu nak salah Parti Pembangkang....Udah leee....PERHIMPUNAN BERSIH mampu meranap kerajaan UMNO....dan BN...rakyat akan terus bangkit.....