Teman memang tunggu-tunggu Karpal Singh bersuara dalam isu Kelantan haramkan judi neh!
Sebab bila Karpal Singh bersuara sebegini..
Teman nak tunggu apa kata pemimpin-pemimpin UMNO pulak..
Karpal Singh sokong judi ni perkara yang biasa..
Tidak ada apa yang peliknya..
Sebab mana ada dosa pahala pada dia..
Yang peliknya bila pemimpin-pemimpin UMNO..
Yang ada kuasa di Putrajaya..
Yang ada pejabat di Putrajaya..
Yang ada nama di Putrajaya...
Senyap membisu dalam isu ni?
PAS Kelantan yang jaga negeri Kelantan besar cili api sedang diserang oleh pemahaman orang bukan Islam..
Mana UMNO Malaysia yang jaga negara Malaysia sebesar buah tembikai nehh??
Takkan judi haram di Kelantan tapi halal di Malaysia?
Sama macam isu PAS nak tubuhkan Negara Islam laaa..
Karpal Singh tak setuju..
Logik laaa... nama pun bukan Islam..
Yang UMNO ni mengaku Islam pun tak setuju hukum mana dia pakai?
Akidah mana UMNO turut?
Syiar mana UMNO buat?
Perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara konon!!
Cehhh!
Karpal Singh ini bercakap dari segi undang-undang Malaysia..
Standard la lawyer..
Memang terrer pusing-pusing guna Law nih!
Yang pemimpin-pemimpin UMNO ada kuasa untuk ubah perlembagaan tak nak guna tu apahal?
Kalau semua ahli-ahli Parlimen UMNO usulkan Undang-undang hudud di Parlimen sekarang ni..
teman yakin yang amat sangat!
100% Ahli Parlimen PAS akan sokong!
Bila kita dah ubah law.. baru la brader Karpal Singh ni akan ubah bercakap..
Nak guna Perlembagaan Malaysia pun tak boleh dahhh..
Sebab dah diubah mengikut kehendak Islam..
itu pun nak kena ajar ke?
Adehhhh!!
sunsnake 19032011
DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal
SEREMBAN, 19 Mac — Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.
“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.
Berita Penuh
3 comments:
YEOP...
Berdoalah agar anak kita jangan jadi seperti digambar tu....
Takut terkena tempiasnya !
InsyaAllah.. kalau kena tempiasnya patut yang dok rapat dengan bapak dia macam kamu!
Wallahua'lam
pandangan yang kritis... tahniah..
Post a Comment