Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, March 19, 2011

Bukti Kerajaan PR Selangor Hampas!

Ini Bukti UMNO bencikan Rasuah!

Haaaa!!
Apa lagi pencacai-pencacai UMNO!!

Inilah masanya...
Inilah ketikanya..
Inilah saatnya..
Inilah detiknya!!

Kasi hantam ini Kerajaan PR Selangor!!

UMNO Selangor kena buat banyak-banyak siri ceramah "Selamatkan Selangor"!!
Bagitahu saki-baki UMNO yang ada di Selangor..

Inilah bukti Ketelusan Kerajaan PR Selangor..
Inilah bukti bahawa PR serius melawan ketidakadilan dan ketiadak telusan!
Inilah bukti bahawa janji MB Khalid untuk mengambil tindakan tegas atas setiap kes penyelewengan telah dibuktikan!

Ehhh!!
Silap cakap lak!! wakakakaka!

Mana pulak la UMNO boleh guna isu ini untuk 'letup' Kerajaan PR Selangor..

Kalau kes macam ni zaman Kerajaan UMNO Selangor dulu..
Dah lama Khir Toyo kata "Tiada bukti penyelewengan"..
Dah lama Abu Hassan Omar kata " Tiada saksi penyelewengan"..
Dah lama Mat Taib kata "Duit saya yang tersangkut di Australia tu.. bukan duit rakyat!"

adehhhh!!

Syabas MB Khalid..
Tindakan tamatkan kontrak pegawai berkenaan sangat-sangat tegas dan berani!

Kalau kes sebegini berlaku di Pahang..
Tobat Lahum Adnan Yaakob takkan berani ambil tindakan tambahan kalau pegawai berkenaan orang UMNO!

Kalau kes sebegini berlaku di negeri Sembilan..
Sampai mampus takkan Muhammad nak bersuara tegas apatah lagi nak pecat sesiapa!

Kalau kes sebegini berlaku di Terengganu?
memang dah banyak kali jadi punnnn!!

adehhhh!!
macam mana la nak bagi makcik pakcik Felda faham benda-benda macam nihh!!

sunsnake 19032011

Audit sah belanja sambutan Yayasan Selangor tak telus, timbalan GM dipecat

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Laporan Audit berhubung pengurusan perbelanjaan majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan wujud beberapa kelemahan di agensi itu, antara lain perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos sambutan hujung tahun lalu mencecah RM1 juta.

Malah terdapat wang telah selesai dibayar kepada pengurus acara sedangkan aktiviti yang diatur belum dilaksanakan.

Susulan syor dikemukakan laporan audit, kerajaan negeri Selangor juga telah memutuskan menamatkan kontrak perkhidmatan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor bulan lalu.

Sedutan laporan audit diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Berita Penuh

10 comments:

Anonymous said...

Kalau dia telus dah lama dia pecat GM tu. dah lama orang komplen pasal GM tu.. Tapi sebab GM tu kroni dia biar...

ingatkan bila tukar kerajaan ni jadi lagi bagus. makin teruk ada la...

budakbalun said...

Lahhh..

Ali Rustam yang terang2 kantoi rasuah tak pulak dipertikainya??

betul buta hati la kamu ni...

kesian mak ayah kamu...

Anonymous said...

hang tu yang buta perut...

Hang baca tak detail kes Ali rustam tu??

PKR macam la bagus sangat, satu hape report pun tak layan lagi. At least UMNO dia ambil tindakan. PKR Hampeh terus. Tak buat pape benda yang orang report. Zul Nordin kena buang sebab pertahan kalimah Allah. Harun Din dan Taib Azamuddin sependapat dengan zul nordin.

Pas takde rasuah, cuma sedekah...hahaha, perguna islam kaw-kaw punya...

kesian kat mak ayah kamu..

Anonymous said...

Satu perkara yang mengejutkan. Sewaktu berlaku pertukaran kerajaan dari BN kepada PKR pada tahun 2008 YS mempunyai wang sebanyak RM 67 juta.

Dalam tempoh tidak sampai 3 tahun pentadbiran YS diambil alih oleh PKR wang RM 67 juta lesap dan YS berhutang pula RM 7.41 juta. Itulah kehebatan pentadbiran seorang tokoh koporat yang dijulang oleh PKR sebagai orang yang hebat.


gila terer puak-puak ni memerintah...

budakbalun said...

Anon 10:26am
(nama pun takde!)

PKR memang tak bagus sebab hukum pegawai kerajaan yang dibuktikan bersalah atas urusan kerajaan/agensi kerajaan..

Ali Rustam usahkan urusan kerajaan.. urusan parti UMNO pun rasuah!!
Belum kira urusan kerajaan lagi!

Teman cerita hal rasuah..
terus cerita kalimah Allah lah.. zul nordin laa.. Harun taib laa..

memang pakar spinning betul pencacai2 UMNO neh..

laaagi kesian kat mak ayah kamu!
adehh!

Anon 10:43am..
(pun takde nama.. ke org yang sama?)

Wahh!!! tahu pulak kamu pasal duit YS yee? boleh tahu mana sumber berita?
ke dari papa gomo punya blog?

Yang felda jelas2 hilang duit takde pulak kamu nak cerita ye?

sudah2lah.. isu rasuah ni..
UMNO tak payah cerita lebih2 lahhh..

Macam Ipswich Town FC pertikai kenapa Liverpool kalah dengan Braga je??

adehhh!!

Anonymous said...

aku anon yang sama.

PKR memang tak bagus sebab hukum pegawai kerajaan yang dibuktikan bersalah atas urusan kerajaan/agensi kerajaan..

-pegawai kerajaan tu dilantik sendiri oleh khalid ibrahim. umur awal 30an dah dapat pangkat jusa C gaji 13 ribu lebih tak termasuk elaun.


Yang felda jelas2 hilang duit takde pulak kamu nak cerita ye?


-ape la bangang sangat ni. duit dia abes sebab dia beli aset. bengap betul. memang la cash dia merosot sebab dia beli aset. macam hang ada rm100k, hang habiskan rm80k beli tanah. tinggal la rm20k tapi hang dapat tanah. dan tanah tu dalam masa beberapa tahun nilai dia akan jadi lebih dari 80k...


Ali Rustam usahkan urusan kerajaan.. urusan parti UMNO pun rasuah!!
Belum kira urusan kerajaan lagi!

-sebab tu aku suruh hang baca balik detail kes ali rustam tu. baca kesalahan2 dia.


kesian kat mak ayah kamu...

budakbalun said...

Laaa.. Anon yang sama ke?
taruk la nama skit..
idak la macam bersembang dengan hantu..

-Selangor-
Ok la tu.. Pegawai yang dilantik sendiri oleh Khalid..
So, bila dia dapati mamat tu bersalah..dia pecat.. tamatkan kontrak!
Suatu tindakan yang berani dan dalam usia pemerintahan yang sangat muda!

Kita tengok pulak MB2 lain..
Johor misalannya..
punya lah lama Ghani othman jadi MB Johor.. sampai teman dah lupa siapa MB sebelum dia!
Pernah dengar cerita dia pecat mana-mana pegawai lantikan dia atas kesalahan kewangan? rasanya takde!
takde bukan bermakna bersih!
kadangkala takde bermakna sorok bawah carpet!

sebab tu MB Khalid benarkan SPR bukak pejabat di SUK Selangor..
Sama macam Nik Aziz arahkan pejabat MB Kelantan bukak 24 jam untuk SPR buat check..

-felda-
ye ke?
So, apsal Maslan Ahmad tak nak debat?

-Ali Rustam-
hehehehe.. nak suruh teman baca kes Ali Rustam? adehhh!! apa ni?
siapa yang siasat kes rasuah dia? Ahmad Ritahudeen? Siapa ahmad rithaudeen ni? pemimpin UMNO.. tengok kat situ dah cukupppp...
pi mai pi mai tang tuuuu jugak!

Itu baru UMNO sama UMNO yang siasat..
Kalau Badan bebas eg Transparency International yang siasat..
pakat takde siapa yang berani jadi perwakilan di PWTC tuhhh!!

adehhhh!!

Kesian mak ayah teman..
Anak dia tak nak sokong UMNO..
kaau tak dah tentu kaya raya!

Anonymous said...

-selangor

orang dah lama komplen pasal pengurusan kat YS.sepatutnya dia pecat GM, TAPI SIMPAN SEBAB gm LAGI KRONI.

Felda

Ahmad maslan ajak dialog. debat nak buat apa. penyokong hang kata hang betul, penyokong aku kata aku betul. sebab tu dialog. hang bawak bukti2 sokongan, aku bawak bukti2 aku. kita list down segala jenis aduan semua. pastu bincang. bukan sorang2, ramai. sebab pa mazlan aliman taknak? politik semata2..

at least UMNO siasat jugak, cuba nak perbaiki mana yang salah. PKR, langsung tak...

apa cer keluar video baru pulak ni...

budakbalun said...

video baru?

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Anonymous said...

Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS), Ilham Marzuki terus menerajui syarikat kerajaan negeri yang berteraskan pendidikan itu walaupun terdapat desakan agar beliau ditamatkan kontrak.

Ekoran itu, pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah dilihat mengetepikan syor laporan audit dalaman terhadap yayasan tersebut yang dikeluarkan pada 18 Mac lalu yang juga mahu Pengurus Besar YS ditamatkan kontrak perkhidmatannya.


-dah audit, tapi tak guna keputusan audit.sama ja la...