Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, February 9, 2011

UMNO Guna Harta Rakyat? Biasaaaa...



Teman ingat lagi masa meeting MTD (Majlis Tindakan Dun) PAS Hulu Selangor pasca PRK Hulu Selangor dulu..
Dalam meeting tu ada cadangan untuk gunakan Balairaya sebagai Markaz pilihanraya..
Memang teruk kena hentam siapa yang bagi cadangan tuh!
Seolah-olah menjadi pantang tok nenek menggunakan Balairaya milik awam untuk kegunaan parti..

Teman sendiri bercakap dalam meeting tu membantah keras cadangan tersebut!
Hujah teman senang je..
Jelas Balairaya milik rakyat tak kira parti apa..
So, kalau kita nak gunakan balairaya, pastikan UMNO pun boleh guna!
Kalau terpaksa share pun takpa!

Lagipun kita dok hentam UMNO selama ni sebab guna balairaya kan?
Munafik sangat kalau kita guna macam UMNO jugak!

Begitulah jelas prinsip kami dalam meeting malam tu..

Harap tiada mana-mana PAS yang tergamak gunakan balairaya untuk tujuan parti atas hujah apa sekalipun!
Guna untuk mesyuarat persiapan aktiviti bersama rakyat lain kira laaa..

Ada juga sesetengah tempat yang balairaya boleh digunakan untuk parti dengan syarat bayar sewa!

Teringat jugak kes Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di Slim River dulu..
Masa Pemerintahan PR,
UMNO dibenarkan untuk guna dewan tu untuk buat Mesyuarat Agung mereka..
Tapi bila UMNO dapat balik Perak (baca rampas kudeta)..
PAS Kawasan mohon kena reject buta-buta!

Adehhhh!!!
Apsal la makcik pakcik Felda tak nampak-nampak lagi!
sunsnake 09022011

Umno-BN digesa tidak guna harta awam untuk parti

Setiausaha jentera pilihanraya PAS di Melaka, Bahiki Ismail kesal dengan sikap Umno/BN yang terus menerus menggunakan kemudahan awam untuk program politik kepartian. Terbaru, dakwanya kerajaan menyalah-gunakan Dewan Politeknik Merlimau untuk program suaikenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi DUN Merlimau. Program tersebut melibatkan pengerusi perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga adalah ketua menteri. Program telah berlangsung Isnin lalu dan melibat semua ketua-ketua peti undi di DUN Merlimau. "Umno/BN sering menuduh PAS berpolitik di masjid dan surau tanpa bukti tetapi sebaliknya merekalah yang sering menggunakan surau, masjid, sekolah dan institusi masyarakat yag lain untuk program politik mereka".
Berita Penuh

0 comments: