Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, February 9, 2011

Mahathir Dah Lupa jasa Polis ka?




Aiseh!
Macam mana pulak Che Det leh salahkan Polis sebab buat tangkapan semberono dalam Ops Lalang dulu? So, Apa peranan dia selaku PM dan juga kuasa beliau sebagai Menteri Dalam negeri ketika itu?

Kalau teman kata teman setuju dengan kenyataan Lim Kit Siang ni karang..
melompat-lompat pencacai UMNO yang masuk blog ni kata teman barua DAP pulak!

Tapi hakikatnya.. itulah dia..
Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu sangat memahami situasi ini kerana mereka antara yang ditahan ISA masa tu!

yang kecoh nak bergaduh MCA dan UMNO!
Yang anjur perhimpunan perkauman MCA dan UMNO!
Sampaikan Mat Taib bercakap di radio suruh bawa pisau untuk kupas kulit limau beb!
Najib selaku Ketua Pemuda UMNO berapi-rapi ucapan perkaumannya!
Hinggakan Gelaran Datuk pada Lee Kim Sai Timbalan Presiden MCA ketika itu telah ditarik balik oleh Sultan Selangor!! perghhh!!

Last-last yang kena tangkap..
ketua Pemuda PAS waktu itu Halim Arshat..
Mat Sabu... dan ramai lagi..
Adehhhh!!

Senang-senang Mahathir kata itu semua salah Polis bukan dirinya..

Peringatan kepada polis-polis yang ada la ni..
Korang ingat Najib akan ingat jasa korang belasah rakyat yang turun demo ke?
sorry laaaaa!!! wakakakaka!
Bukti dah depan mata ni.. kalau buta jugak.. ontahlaaaaah!

sunsnake 09022011

Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang melnyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987. Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.
Berita Penuh

Lim: Siapa pemimpin pembangkang itu?

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya dan dijanjinya tidak akan ditangkap dalam Operasi Lalang 1987. "Biar Mahathir namakan pemimpin pembangkang yang beliau temui dan berjanji tidak akan menangkap mereka tetapi telah dilanggar oleh polis dalam tangkapan Operasi Lalang," kata Lim dalam kenyataannya. Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Mahathir dalam buku "Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” oleh Tom Plate.

Berita Penuh