Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 7, 2011

PRK Merlimau - Mungkinkah Tiada Harta Turun Dari Langit?


Hmmm..
Teman dapat bayangkan gegak gempitanya UMNO dan pencacai-pencacainya bersorak mengutuk betapa pengecutnya PAS jika tidak bertanding di PRK Merlimau kelak..
Tapi dalam masa yang sama, jika PAS mahupun PR tidak bertanding, maka akan kelamlah kehidupan rakyat Merlimau..

Dikala berita kematian ADUN mereka dulu, pastinya dalam kepala mereka dah tergambar jutaan harta benda berterbangan dari awan masuk ke rumah mereka.. masuk ke kocek mereka!
Alangkah hibanya mereka jika tidak ada pertandingan... calon BN menang percuma!
Manakan mahu turun segala harta benda itu jika tiada pertandingan?

Pastinya mereka telah mendengar cerita..
betapa beruntungnya rakyat Hulu Selangor tika PRK tempoh hari..
Berpuluh juta turun melayang dari langit!
DS Najib dan TS Muhyiddin bak Santa Claus menabur hadiah di pagi Krismas!

Pastinya mereka masih teriang-iang...
Betapa gembiranya rakyat Tenang,
Tika kedengaran hampir setiap rumah di felda mendapat 'durian runtuh'..
Nilai yang dibayar oleh BN utuk sekali undi!
Manakan sama dengan beras 5kg, gula 1kg, tepung 1kg sumbangan PAS!
Jauhhhhhhh bezanya!

Hmm.. Langkah terakhir jika tiada calon dari PR,
rakyat Merlimau wajib mengadakan jugak calon bukan BN yang bakal bertanding dengan calon BN.. Agar ada masyukk kelak!

Mungkin tika ini calon dari KITA mahupun bebas diperlukan..

Masalahnya ialah, nilai harta benda yang turun dari langit pastinya sangat kurang sekiranya tiada calon PR.. kompom! wakakakaka!

Sama-samalah kita berdoa agar ada calon dari PR di PRK Merlimau ini nanti..
Demi rakyat Merlimau yang sangat dahagakan harta benda turun dari langit!
sunsnake 07022011

PAS dipercayai tidak mahu bersaing di DUN Merlimau

February 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

“Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum,” kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.

Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.

Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.

Berita Penuh

3 comments:

Anonymous said...

PANDAI PULA PUAK SESAT NI CAKAP PERLU BERTANDING KERANA KOS TINGGI.....NI SEMUA CERITA PEMBELIT LA, SEBAB TAKUT KALAH BESAR MACAM DI TENANG

KALAU BETUL KOS TINGGI, KENAPA TERHEGEH2 BERTANDING DI TENANG.

CAKAPLA PADA AHLI "KITA TAKUT KALAH, OLEH ITU KITA TAK BERTANDING"

sunsnake@budakbalun said...

hahahaha..
kan teman dah kabo!

so latest news..

PAS akan bertanding...
berita yang teman rujuk ni sebenarnya sumber -unknown-!

wakakakak!
lom apa-apa pencacai dah menjerit-jerit dah kat sini!

lol!

Anonymous said...

BUNGA2 KALAH DAH MENJELMA